Posts

Showing posts from September, 2010

Sedar Diri

Image
Salam Palestine Cuti terasa panjang. Bukan cuti sekolah. Tapi cuti jasad dan jiwa dari dakwah dan tarbiyyah. Rasa lama sangat sudah tidak berusrah. Aktiviti dakwah juga sudah tidak cergas. Rindu rasanya, masuk ke kampung-kampung, membawa risalah, edar dengan sebuah senyuman manis. Program tanpa kertas kerja dan hanya dirancang secara spontan bersama-sama teman seperjuangan. Aku rindu tapi terasa lemah longlai mencipta semula memori itu. Walau hati kecil senantiasa berbisik..kenapa tidak memulakannya kembali? Bersama adik-adik generasi pelapis ataupun anak-anak didik di sekolah. Aku sejujurnya..akur dan mengaku..orang lain tidak bersalah sedikit pun atas kelemahan dan kegagalan ini. Diri yang silap! Diri sendiri! [muhasabah petang..berkongsi sedikit beban jiwa yang dirasa sejak beberapa minggu ini..huhuhu] [aku masih sibuk bermain dan terus bermain..walau aku tahu di mana akhirnya permainan ini..huhu]

Puisi Cinta

Image
Angin menghembus tidak terasa nyamanya Matahari memancar tidak terasa bahangnya Hujan turun mencurah tidak terasa sejuknya Kosong..kaku beku..lemau dan lesu. Rasa jiwa ku hanya satu Aku hanya terasa jauh Bahkan mahu terus menjauh Semakin aku mengenali Semakin aku menghampiri Semakin aku cuba mendekati Aku semakin resah dan gelisah Walau pernah aku berbunga ceria Tersenyum manis seindah suria Saat kau hadir menjenguk rasa Walau hanya untuk seketika Tidak mahu terus berfantasi Takut terus diulit mimpi Aku sedarkan diri Kau sudah terlalu jauh Sedang aku masih di sini Kau sudah berlari Sedang aku baru mahu bertatih Mahukah kau menantiku? Menoleh aku disini Memimpin jemari lesu ini Menuntun kaki longlai ini Biar mampu bersamamu Bersama membina tugu cinta Berlari berkejaran di jalan dakwah Hingga kita hanya berhenti Setelah kita genggam bersama CintaNYA yang kita damba Dan berehat bahagia di syurgaNya [puisi yang terilham..saat aku berusaha menahan mata dari lena..masih bermemori dengan KCB

Jodoh Itu Rezeki

Image
Salam Palestine Aku baru sahaja selesai menyaksikan epsiode terakhir sebuah kisah drama yang panjang. Ketika Cinta Bertasbih (KCB) Special Ramadhan. Aku sengaja mahu mengulasnya saat minda masih segar pada jalan cerita dan keberkesanan lakonannya. Walau sebenarnya, masa agak singkat untuk terus berlama-lama di alam maya ini. Apa yang dapat kuringkaskan, KCB menjadi sebuah filem motivasi. Walau bahasa yang lebih tepat barangkali..motivasi cinta. Cinta manusia yang diperjuangkan demi meraih cinta Pencipta. Seperti dalam versi filem sebelum ini, KCB masih cuba dikawal semaksimanya secara teknikalnya memenuhi piawaian syariat. Walau belum 100% sempurna. Tetapi usaha meminimakan pergaulan bebas, pendedahan aurat harus dipuji. Yang pasti meluangkan masa menyaksikan KCB tidak menyakitkan mata dan menyesakan minda dengan perlu melihat lakonan yang direalitikan dengan berani melanggar batasan syariat seperti yang ditayangkan dalam mana-mana filem lain. Maka, mesej yang cuba dibawa melalui cerit

Senyuman itu palsu

Image
Salam Palestine Suasana ziarah menziarahi di lebaran ini masih terasa lagi. Walau Syawal sudah 9 hari bersama kita. Kemeriahan inilah yang meningalkan pelbagai memori kepada ramai orang. Hingga menjadikan Syawal sebagai bulan yang dinanti. Kalau kanak-kanak, pastinya ziarah menziarahi menjanjikan duit raya. Walau sekadar RM1 satu rumah, tapi kalau berjaya memperolehinya daripada 10 rumah. Sudah mampu menampung duit topup bekal seminggu. Telefon bimbit hari ini bukan sekadar keperluan bagi orang dewasa, kanak-kanak jauh lebih hebat. Mungkin ada sahaja, anak-anak yang belum reti membaca tapi sudah punya telefon bimbit. Budaya ikut-ikutan yang membelenggu masyarakat. Kepada yang dewasa, raya dan ziarah punya pelbagai makna. Biasa kelihatan, raya menjadi ruang menjernihkan ikatan ukhuwwah yang keruh. Samada antara ahli keluarga mahupun sahabat handai. Raya juga adakalanya, menjadi medan memperkenalkan pasangan kekasih kepada bakal keluarga mertua. Mood hari raya yang baik, dimanfaatkan seb

Corat-Coret Hari Raya

Image
Salam Palestine Sudah 5 Syawal hari ini..kekerapan menulis sudah semakin berkurangan. Idea tidak mencurah-curah dan masa agak terbatas dengan sambutan raya. Tidak berziarah, akan diziarah. Itulah Hari Raya. 5 Syawal yang berlalu masih mencatatkan kisah serupa seperti tahun-tahun sebelumnya. Menjelang raya sibuk ke pasar. Berseorangan kali ini. Tidak sampai hati mahu menyusahkan mak yang punya tuntutan kerja yang banyak. Meredah pasar seawal 6 pagi, terasa benar macam "makcik-makcik". Tapi apakan daya, inilah amanahku. Kerja keras diteruskan dengan membantu mak menyiapkan "buras" dan "tumbuk kacangnya". Sekadar membantu sahaja. Belum mampu menyiapkannya seorang diri. Banyak proses yang masih gagal. [ Sabar jak lah mak..dapat anak yang "serba tak boleh ni" ^_^ ] [buras yang belum diikat dan direbus] [Tumbuk Kacang yang belum dibungkus, diikat dan direbus] Hari Raya pertama, aktiviti rutin, bersolat sunat Aidil Fitri di Masjid Ar-Raudhah, SMK Jambat

Kisah Akhir Ramadhan

Salam Palestine 29 Ramadhan hari ini. Sangat pantas kan masa meninggal pergi. Sama-sama lah kita muhasabah bagaimana rupa pengisian amalan kita pada bulan yang penuh keberkatan ini. Terlebih penting, sama-sama lah kita berusaha momentum seronok beribadah di sepanjang Ramadhan ini mampu kita kekalkan. Itulah kayu ukur, kejayaan kita di dalam madrasah Ramadhan ini. Walau kesibukan membuat persiapan meraikan Syawal, sudah semakin terasa, semalam berkesempatan meluang masa bersama dua orang anak muda. Berbincang ilmiah seketika. Berkongsi pengalaman berharga mereka di lapangan dakwah. Walau usia masih muda, namun, komitmen dan konsistensi mereka harus ku beri pujian. Terasa kerdil diri. Masih sangat banyak yang perlu di pelajari. Masih perlu kerja keras kalau benar mahu bergelar da'ieyah sejati. Mudah-mudahan apa yang kami perbincangan selama 2 jam lebih semalam, akan mampu kami realisasikan dan paling penting mendapat redha dan keberkatan dariNya. Semalam juga, satu kebakaran berlaku

Silap pandang..

Salam Ramadhan Suasana Ramadhan sudah semakin menghilang..hanya ditahan, dipaut dan digenggam erat oleh para pencintanya. Golongan yang sudah semakin sedikit. Lebih ramai yang sudah tidak sabar, ghairah dan sangat menanti kehadiran Syawal. Budaya dibentuk dan terbentuk begitu. Bukan sekadar anak-anak asyik bertanya, bila hari raya, para ibu dan bapa juga tidak kurangnya. Tapi lebih menzahirkannya secara praktikal. Si bapa juga sudah mula liat bertaraweh. Lebih menumpu masa mengemas kini rumah agar rapi dan tersusun. Si ibu lagilah sibuknya. Dapur sudah penuh dengan bahan membuat kuih tunggu masa untuk diproses. Saban tahun, pemandangan beginilah yang sering terjadi. Bukan setakat di sini, rasanya di mana-mana. Kalau kita selami, hikmah malam lailatul qadar itu diletakan di 10 malam yang terakhir bagi menapis dan menyaring, hamba-hambaNya yang benar-benar celik mata hati. Mampu menilai bahawa malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu benar-benar sesuatu yang bernilai dan berharga. Sebab