Posts

Showing posts from November, 2012

Hati yang hidup

Salam Palestine Cuti panjang yang dinanti membuka tirai. Sebelum-sebelum ini tidak ghairah meraih cuti percuma sebegini. Mungkin kondisi diri yang menuntut banyak istirehat menjadikan cuti sesuatu yang bererti. Jarang juga singgah melayari bicara sufi. Bukan kekangan masa, cuma kekangan untuk sering akses alam maya. Masih berdoa rezeki turun dari langit untuk memiliki sendiri laptop peribadi. Ramai juga seakan tidak percaya tuan punya blog tidak punya kelengakapan asas. Apakan daya, itulah realitinya. ;) Sedar tidak sedar, berakhir sudah sesi persekolahan untuk 2012. Buku kehidupan di sekolah ditutup dengan keluhan. Tiada garis senyuman terukir. Apa tidaknya, hanya berjaya melangsai amanah kerjaya semata. Namun tewas pada diri dan pengurusan masa yang bercelaru hingga tahun 2012 berakhir tanpa satupun usrah pelajar dijalankan. Rekod paling teruk dicatatkan untuk 6 tahun perkhidmatan. Benarlah, kita akan diuji dengan apa yang kita sering takutkan. Sebelum melangkah ke alam perk