Posts

Showing posts from July, 2010

Banjir Besar Kg. Pasir Putih

Image
Salam Palestine Minggu yang mencabar. Khamis yang siangnya biasa-biasa sahaja, tidak disangka berubah tragedi malamnya. Aku yang sedang khusyuk di depan laptop, dikejutkan dengan jeritan adikku dari ruang tamu. "Kak Mirah..cepat-cepat kasi keluar keretamu" Jeritnya tercungap-cungap Aku tidak terkejut sangat. Bukan baru kali ini, air naik tinggi hingga mencecah parkir kereta. Sudah acapkali berlaku. Aku yang malas mahu keluar dan bersiap, sekadar memberikannya kunci kereta. Mengarahkannya meminta tolong abang sulungku. Aku yang masih tidak beranjak dari depan laptop, rasa tidak senang apabila suasana agak kecoh di luar. Aku bergegas ke koridor melihat sendiri apa yang terjadi. MasyaAllah..derasnya air banjir ni. Aku sangat terkejut. Suasana memang sudah mula kelam kabut. Apatah lagi jiran-jiranku yang rumahnya rendah. Berhempas pulas cuba menyelamatkan barang-barang yang mampu diangkat. Emak ku dari arah dapur menjerit-jerit meminta kami membantunya mengalihkan barang-barang y

Nikmati keindahannya..

Image
Salam Palestine Pelbagai isu melingkar rakyat hari ini. Isu lama belum berkesudahan, isu baru pula membelenggu. Isu yang tidak berkesudahan bahkan semakin menekan, isu masalah moral. Bukan sahaja melibatkan generasi remaja, terpalit juga pada golongan dewasa. Bukan sahaja pada orang awam, termasuk juga penguatkuasa agama dan undang-undang. Statistik salah laku terus naik dan tidak turun-turun. Sangat menakutkan dan cukup menyeramkan. Isu ulangan, isu kenaikan harga barang. Bukan kali pertama, kali keseterusnya. Bezanya kini, media diminta jangan menulis barang naik diminta ganti dengan perkataan yang lebih mesra telinga. Harga baru, penyelarasan subsidi antara istilah yang dipopularkan. Macam rakyat tidak celik minda dan jiwa. Rakyat hanya tahu satu, barang semakin mahal. Walaupun yang dinaikan hanya sebahagian, tetapi semua maklum, rantaian kenaikan harga barang pasti berlaku. Apalah nasib rakyat yang susah. Semakin disusahkan sedangkan ada yang tidak susut kemewahannya. Hendak marah

Ruang masih ada..

Image
"Data SMM ni penting..sumber maklumat. So akak plan kita betulkan data ni. Kita usahakan 90% tepat. Risau juga zalim dengan pelajar. Sepatutnya layak mendapat bantuan, tercicir pula disebabkan kesilapan kita" Perbincanganku dengan rakan SMM yang sangat banyak membantu. Walau terpaksa bekerja keras berurusan dengan hampir 300 orang pelajar, aku gagahkan jua diri. "Siapa nama penuh bapa kamu?" tanyaku pada seorang pelajar lelaki tingkatan 4. " Tidak tahu cikgu" Jawabnya selamba. "Aik..mana bapa kamu?" Tanyaku kehairanan "Tidak tahu cikgu..." Jawabnya berterus terang. Kisah seorang lagi pelajar. "Siapa nama penuh ibu kamu? Tanyaku ringkas "Tidak tahu cikgu, dari kecil saya tak pernah jumpa. Nenek yang jaga saya." Jawabnya sayu Aku hanya mampu terdiam. Bukan seorang dua kes sebegini. Ada beberapa lagi. Belum masuk kes ibu bapa yang bercerai. Terzahir benar di wajah anak-anak didikku ini sesuatu yang mengecewakan. Agaknya, cem

Jangan biar aku terus bermimpi...

Image
waktu seakan tidak berdetik suria seakan segan memancar purnama bagai malu berlalu segalanya seakan perlahan lelahnya menjadi penanti pada sesuatu yang tidak pasti aku hanya mampu merenung aku hanya mampu memerhati aku hanya mampu mengimpi belum pasti mampu memiliki aku cukup lemah aku sudah tidak berdaya aku bagai mahu rebah lemas dalam gelora rasa segera kau pulang tamatkan penantian ini leraiakan rindu ini jangan biar aku terus bermimpi jangan biar aku terus bermimpi....

Pelajaran Sepanjang Hayat

Image
Mengisi ruang masa sementara menanti Argentina vs Germany. Demam bola kan seluruh dunia waktu ini. Mahu juga merasa hebatnya menjerit dan mendengar jeritan..Goooolllll. Nampaknya kemeriahan adik-adik universiti balik bercuti semakin menghilang. Satu persatu meninggalakan bumi peladang. Kembali berjuang di semester baru. Kembali menghadap nota dan buku. Bersiap sedia untuk menghadiri kuliah dan berperang dengan assingment. Rutin yang bakal dilalui lagi. Itulah alam universiti. Alam teori perisapan menghadapi realiti. Hatta dalam lapangan perjuangan di alam kampus pun, masih lagi dalam bentuk teori dan terlalu idealistik. Semasa zaman bergelar mahasiswa, aku sedikit berang juga bila asyik "dipatahkan" semangat oleh senior-senior yang sudah lebih awal berada di alam kerjaya. Kerap idea yang cuba di bawa semasa di alam kampus, untuk direalisasikan di alam sebenar, ditapis dan dipulangkan semula dengan jawapan " di universiti boleh lah dik..ini alam realti ". Apabila b