Posts

Showing posts from November, 2009

Salam terakhir..

[ Entry ini mungkin tidak memberikan sebarang input pun kepada pembaca..andai rasa tidak punya banyak masa..tidak payahlah meneruskan pembacaan..tiada sesuatu yang istimewa..sekadar luahan rasa tuan blog semata-mata ] Hari ini malam terakhir aku bersama laptop pinjaman ini. Tahun hadapan, kalau masih punya rezeki dan keizinan baru aku bertemunya semula. Dengan ketiadaan laptop ini, maka terputuslah seketika dunia nyataku dengan dunia maya ini. Tiada lagi coretan sepi, bicara bisu mahupun luah rasa untuk tatapan pengunjung bicara sufi. Aku juga akan semakin sepi dari perkembanga semasa terutama berkisar isu politik negara ataupun jatuh naik keadaan ekonomi negara. Tidak lagi mampu aku melayan ajakkan minda nakalku yang mahu aku mengetahui perkembangan dunia hiburan tempatan. Lebih mendukacitakan, tidak lagi aku berteman mykuliah.net. Teman rohaniku saban maghrib. Walau sebulan cuma, semuanya ini pasti aku rindui. Sememangnya informasi dan perkembangan terkini nasional dan antarabangsa,

Kasih tak sempurna

November bagai bulan yang berat rasanya. Sarat dengan pelbagai isu. Samada berbentuk peribadi ataupun urusan perjuangan. Hingga kurang aku mengarang dan menulis disini. Meregangkan sedikit saraf otak yang kekadang bagai beku, masa di alam maya banyak dihabiskan melayan FB. Meneroka kenangan dan khabar sahabat-sahabat lama dan baru, jauh dan dekat. Berhibur dengan cara sebegini, hanya menahan daripada memikir masalah buat seketika cuma. Seusai menutup laptop, pasti minda terjah dengan persoalan-persoalan kehidupan yang belum selesai dan diselesaikan. Diasak dengan segala kesulitan ini, membuktikan diri jauh benar dari karektor muslim-mukmin sejati. Masih belum mampu mengawal minda dan emosi. Tidak tenang menghadapi tekanan. Tidak sabar menghadapi ancaman. Tewas pada ujian. Dalam usaha memujuk diri dan hati, sujud syukur padaNya. Memilihku lahir ke dunia pentas ujan ini sebagai muslim. Punya tuhan pencipta alam dan segala isinya.yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Disaat manusia tidak mam

Dunia semakin tua

Kes 1 "Semalam ada budak perempuan bergaduh kan di dalam kelas..bertumbuk sampai berdarah-darah, habis koyak baju dengan tudung." Kes 2 "Cikgu bukan 2 kes jak bertumbuk kelmarin. Ada satu lagi. Perempuan sama perempuan. Fuyyo bergasak. Menyambung lagi dorang di bandar lepas itu." Dua kes pergaduhan yang aku dengar dibicarakan hangat. Berlaku dalam jarak terdekat. Melibatkan PELAJARKU. [pelajar kelas Tasawwur Islamku]. Sedikit kaget aku mendengar laporan-laporan ini. "Kamu ada di kelas, masa bergaduh kelmarin?" Tanyaku kepada sahabat 'pelakon utama drama aksi di dalam kelas'. "Ada.." Jawabnya teragak-agak. Aku menghulurkan kerusi plastik berwarna merah meminta dia duduk dekat dengan ku. Suasana yang sunyi daripada guru-guru, memberi peluang aku menyiasat lanjut kes semalam. Siasatan bukan atas dasar aku guru disiplin atau siasatan untuk merekod kesalahan itu dan di masukan ke dalam SSDM. Siasatan atas dasar insani. Naluriku mendesak ingin

Monolog malam

Image
Mentari terus memancar Menyuluh pergi subuh yang dingin Membahang garang hari yang terang Puas sudah sinarnya menerangi alam Senja datang membawa sayu Mentari pula izin berlalu Suram dan kelam teman malam Dihias bintang bersama bulan Aturan yang tidak terlawan Walau dikerah segenap upaya tidak sesekali bisa merubah Siang dan malam tetap serupa Kaburnya meniti hari Punyakah amal bekal diri Sembahan buat Rabbul Izzati Menebus janji syurga Firdausi Hanya mengharap simpati Menagih kasih yang hakiki Semoga mampu kumiliki. Hari berlalu tanpa mampu kita tahan walau sesaat. Meninggal pergi kita bersama kisah semalam. Menoleh coretan peristiwa kelmarin, tidak yakin telah melakukan yang terbaik di sisiNya. Apakah nasib esok yang tidak pasti? Dunia semakin tua, diri tetap rasa mahu muda...Ya Allah ampuni atas keterlanjuran kami..yang kami zahirkan atau sembunyikan..Engkaulah sebaik-baik pengampun..

Berdirinya Seorang Perindu

Image
Di waktu ini aku ditinggal dan tertinggal sendiri meniti hari melakar mimpi membina sebuah makna diri Di waktu ini aku tidak lagi berteman dia dan mereka aku berseorangan meniti senja melewati masa di batas usia Di waktu ini adakalanya aku tewas pada sepi mengundang rindu seribu memor i yang takkan bisa kuulangi lagi Di waktu ini aku bertatih memujuk kalbu jangan lemas dilautan sendu usah dibaja segunung rindu Di waktu ini aku mulakan langkah pertama mengejar sejalur sinar cahaya buat teman menyuluh hidayah biar sepi dan sunyi itu punah biar rindu dan sendu itu musnah hingga aku terus tersenyum ceria beroleh raja segala cinta yang tidak akan sesekali sirna mengharum mewangi di taman jiwa hingga tidak ada lagi selain bahagia [puisi ini ku lakar tatkala "kebosanan" menjaga MUET di SMK Umas-Umas siang tadi..intipati ini tidak menggambarkan keadaan penulis tika ini..keadaan ini pernah menimpaku beberapa bulan yang lalu..kini aku sudah biasa dengan keadaan ini dan sedang merasai n

Hilang seketika

Salam T idak menulis sehari dua ini. Tidak tahu kemana hilangnya mood untuk menulis. Buka blog sendiri pun sedikit malas. Masa tetap juga berlalu, entah apa yang diisi dengan masa. Astaghfirullah..bermain-mainnya aku dengan dunia yang sebentar cuma ini. Tanpa ku tahu kecil dan hinanya dunia ini di sisiNya.. Dua hari diberi kekuatan dan peluang olehNya untuk istiqamah mendengar kuliah melalui http://www.kuliyah.net . Terubat rindu suasana menadah kitab yang seketika cuma di pondok pasir tumbuh. Kupasan Minhajul Abidin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang merupakan antara buku kegemaranku oleh Ustaz Mustafa Kamal Hamzah benar-benar menyentuh jiwa. Terasa manfaat teknologi dan berbaloi membayar RM 70 sebulan untuk langganan streamyx. Sekarang tengah mengumpul bahan untuk melancarkan kempen "1 Keluarga 1 Internet" program di bawah lujnah IT DMPKT untuk tahun 2010. Bolehlah website-website sebegini dijadikan sebagai "hujah" kewajaran berinternet dari rumah. Tiad

Dua Khabar Gembira

Hari ini mentari memancar ceria. Jadual pagi ini dimulai dengan tugasan berusrah bersama adik-adik pelapis Nisa' Kawasan Tawau. Semasa menanti enjin kereta panas, 3 mesej masuk ke dalam handset yang semalaman "off" kesan ketiadaan bateri. 2 mesej pemakluman kuliah amal pagitadi dan 1 mesej khabar gembira dari sahabat Nisa' [Asma' Abu Bakar] yang telah selamat melahirkan "baby girl"nya pukul 10.30 malam semalam. Sudah lama tidak mendengar berita sahabatku ini. Semoga hidupnya bertambah ceria dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti. Apatah lagi, berpeluang memberi sepenuh perhatian kepada babynya sepanjang cuti ini. Usrah juga berjalan dengan baik. Gembira melihat perkembangan adik-adk usrah yang semakin matang dan menyerlah komitmennya dengan perjuangan. Sepanjang memberi pengisian, rasa banyak 'terkena' pada diri sendiri. Usrah acapkali menjadi medan memuhasabah diri. Apa yang terlontar dan dilafazkan, bagaikan ilham dari Ilahi menjawab segala