Posts

Showing posts from May, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Hujung minggu yang padat, bermakna dan ceria. Tidak hanya dihabiskan dengan memanjakan mata dan merehatkan tulang belakang. Siang Sabtu "bergua" di seluruh penjuru rumah. Diamanahkan oleh ahli rumah No 313, Blok B, Kg Pasir Putih untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan seisi rumah. Semua yang lain punya urusan di luar. [jarang benar aku ditinggal sendiri, kebiasaannya aku yang meninggal pergi..huhuhu]. Bila sendiri, fitrah wanita akan banyak membantu mengarah minda agar punya arah. Maka, beraksilah seperti lagak seorang wanita. Membersihkan rumah dan masak memasak. [aktiviti yang teramat lama ditinggalkan..^_^] Petang menjelang, aktiviti kedua menanti. Bergerak ke Madrasah Darul Hidayah untuk program Tafaqquh Fiddin dan Qiamullail bulanan. Sudah kali ke4 untuk tahun ini. Bagi aku, ini kali pertama. "Kalau sudah sampai program, ok sudah. Sebelum mahu datang tu..macam-macam halangan" seorang kakak memulakan bicara sementara kami menanti sambungan kuliah maghrib. &

Pelajaran Dari "gua'

ke kiri ku resah ke kanan ku buntu ke depan ku gelisah memendam rasa membungkam jiwa lemah, lesu dan lemas semua bersatu menjadi satu seakan gelap pekat siang yang cerah seakan membahang malam yang dingin seakan letih mendaki tanah yang datar rasa jiwa semakin tidak menentu kabur mahu terus memburu tidak upaya membeza keliru bimbang tersungkur dan terus jatuh apa harus patah kembali menoleh belakang yang ditinggal pergi menjejak semangat yang hilang mengutip pengalaman yang mendewasakan mengumpul nur buat mencerahkan segala kelam suram yang menyesakkan atau mungkin perlu terus diam membiar segalanya berlalu pergi seiring waktu sambil merenung segala khilaf diri yang hadir sebagai pengajaran dunia bukan taman syurga yang segalanya indah dunia sekadar sementara cuma pentas ujian buat sang hamba hadapainya dengan benih sabar depaninya dengan buah iman biar mampu menggapai impian syurga firdausi hakiki [Ya Allah..lapangkan dada ku..luaskan sempit jiwa yang ku deritai ini..jangan ujiku deng

Hadiah Pada Diri

Image
MEI penuh dengan ucapan "selamat"..selamat hari buruh, hari bapa, hari ibu, hari jururawat, hari guru dan juga hari ulangtahun AMIRAH IZZATI. Ada yang buat lawak.." Selamat Pengantin Baru " tidakkah di bulan MEI ini. Dengan sepantasnya aku menjawab "Tak sempat lah..MEI tahun-tahun mendatang tak pasti lah pulak. Rahsia yang hanya DIA yang tahu" Masih mahu menulis berkenaan hari ulangtahun. Kali ini bercerita tentang hadiah pada diri. Menjadi kebiasaan, aku mengkhusukan hadiah "harijadi" buat diri sendiri. Tahun ini, ada dua hadiah istimewa yang aku sediakan sempena 13 Mei 2010. Sebuah buku yang sudah lama diidamkan berjaya dimiliki. Tidak sabar mahu membedah isi kandungannya. Biar menambah rasa cinta pada Baginda yang mulia. Insan yang menjadi asbab hidayat buat seluruh umat. Insan yang kasih umatnya hingga hujung nyawa. Mahu membalas kasih, sayang dan cintanya! Disamping itu, sebuah kaca mata baru menjadikan Mei 2010 ini ceria indah. Rabun yang

Hadiah Hari Jadi

Image
Salam 13 Mei Hari bersejarah hari ini. Tarikh yang sama 27 tahun lalu, Allah menetapkan hambanya ini lahir ke dunia fana. Menghuni buana menurut takdir, ketentuan dan ketetapannya. Alhamdulillah.hanya lafaz itu yang selayaknya. Atas keizinan terus memberi peluang menabung amal buat bekal ke alam sana yang hakiki. Seperti tahun-tahun yang sudah, 13 Mei pasti menukilkan sejarahnya yang tersendiri. Kalau dahulu, kad harijadi pengganti diri sahabat taulan. Menzahir kasih ukhuwwah dan ingatan buat seorang teman. Mengukir memori yang tetap segar hingga ke hari ini. Beberapa tahun selepas itu, kad tiada lagi. SMS menjadi medan mengingati hari yang bererti.Dengan doa yang pelbagai, tetapi ucapan yang sama 'selamat hari lahir' memenuhi' inbox seketika. Hari ini, di tahun 2010, teknologi berkembang seiring putaran masa, selain SMS ucapan dikirim menerusi Facebook. Fenomena jaringan sosial yang hangat di perbincangkan. Hingga soalan peperiksaan dan jawapan pelajar pun ada perkataan &q

BEBAS

senja melabuh tirai gelap malam kian pekat tanpa bayu dan desiran angin kosong dan seakan kaku hati seakan resah gelisah yang sukar dimengerti tidak tahu apa mahunya tidak kutemu akan puncanya cuma yang sahih ternanti sesuatu yang tidak pasti realiti atau sekadar ilusi benar-benar menjerut emosi mahu bebas di alam lepas mahu lari mengejar cahaya mahu mendaki gunung tak berpuncak apa-apa sahaja aku mahu BEBAS! hingga tiada lagi cintaku hilang semua rinduku sirna semua kasihku pada dunia dan isinya hingga tiada lagi selain cinta rindu kasih pada DIA yang selayaknya. BEBASKAN aku Ya Allah!

Islamik kah kita?

Salam Perjuangan Mengambil ruang menanti Isyak. Kosong senjaku seminggu ini. CPU masuk ICU. Tidak dapat mengisi rohani dengan Kitab Fikah Mazhab Syafie yang dijelaskan oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. Terdetik untuk menulis akibat terkesan dengan soalan seorang sahabat maya yang saya kagumi. Tidak dilahirkan dalam Islam namun embun hidayah yang membasahi hatinya di lewat usia dewasa, menjadikan dia adakalanya aku rasa jauh lebih muslim berbanding aku yang muslim sedari lahir ke dunia. Iltizam dan bersungguhnya dia mahu bergelar muslim sejati. "Apa hujah yang membolehkan seorang muslimah bekerja?" Tanyanya lewat YM dua hari lepas. Mahu menjawab persoalan ini kepada seorang yang detail dan teliti pastinya tidak memadai sekadar memberikan dalil aqli. Jawapan ringkasku - "Saya tak boleh jawab malam ini, bagi saya masa, InsyaAllah, esok tanya saya semula." Berharap jawapanku tidak mematikan "mood" ingin tahunya. Pagi-pagi lagi disekolah, aku menyerbu Ustaz di

Mengatur langkah

Malam yang agak lapang. Tidak punya tuntutan kerja yang mendesak. Seakan "lembab" perjalanan aktivti kehidupan sejak dua menjak ini. Hanya berfokus pada sekolah dan pulang ke rumah merehatkan badan yang tidaklah letih sangat. Petanda tidak baik! Minda sudah tidak ligat berfikir untuk sesuatu yang boleh dikongsi selain pada diri sendiri. Sudah hampir-hampir masuk ke zon bahaya. Zon rehat tanpa disedari. Mungkin antara puncanya, usrah semakin kurang mengisi hujung minggu. Aduhai..bermain-mainnya dengan masa. Berani membiarnya berlalu tanpa kualiti untuk penilaian hakiki. Ikutkan hati mahu mencari kaunselor buat menyedar diri. Menyentak lamunan dan menungan panjang. Membangkit kembali ghairah berjuang bak singa di rimba. Mara dan fokus ke hadapan. Aduh..rindunya tika dan waktu itu. Monolog lagi!! Hujung minggu lepas berkesempatan singgah jenguk Nisa' Games kali ke-2 di Kompleks Sukan Tawau. Bertegur sapa dan bersalaman ringkas sambil angguk-angguk mendengar penjelasan daripa