Posts

Showing posts from December, 2010

Jangan berpaling lagi

Salam Palestine Berbaki dalam 8 hari untuk kembali bertugas. Meneruskan langkah di tahun ke 5 bergelar pendidik. Seakan baru semalam melapor diri. Dengan tudung labuh dan mini jubah coklat, aku yang tanpa persediaan mental terus diminta melapor diri kerana agak lewat surat tiba ditangan ku. Dengan imej "ustazah" itu, pasti sahaja ramai yang kelihatan segan dan teragak-agak menegurku. Ditambah lagi dengan sikapku yang kurang ramah dan hanya pandai tersenyum apabila disapa. Seperti yang dijangka, ramai yang memanggilku dengan gelaran Ustazah. Sering aku membetulkan fakta, "saya Ustazah Sains". Empat tahun bukan tempoh yang singkat sebenarnya. Namun, untuk aku merasakan kepuasan dalam melangsaikan amanahku selaku pendidik berjiwa murabbi, aku masih sangat tidak layak untuk tersenyum. Jujur, tempoh ini aku lebih banyak belajar memahami persekitaran dan beban amanahku sahaja. Tidak dinafikan, cabaran mendepani remaja hari ini bukan boleh dipandang mudah. Menggunakan peng

Resah

Salam Paletine Sungguh, kekerapan menulis benar-benar tidak memberangsangkan. Sukar rupanya mahu menjadi penulis tegar. Sering punya idea dan buah minda untuk dikongsi bersama. Menulis bukan sekadar mencatat sesuatu. Menulis perlu lahir dari rasa jiwa kalau mahu ianya turut dirasai pembaca. Melakukan ini bukan mudah. Sedar tidak sedar, cuti panjang sudah semakin berakhir. Pantasnya masa meninggalkan kita. Saat diterjah monolog diri, memuhasabah apa yang telah dilakukan semalam, kelat juga muka dibuatnya. Masa tida dioptimumkan dengan sebaiknya. Kerap culas pada diri. Melepaskan tuntutan gigih menuntut ilmu dengan merasa cukup hadir ke Kuliah Dhuha, Isnin-Khamis yang hanya sejam setengah. Menyedapkan hati terlibat dengan perjuangan dengan hadir mesyuarat dan program-program anjuran jemaah. Itupun ada juga yangbolos dan gagal hadir. Aduh, bermain-mainnya dengan kehidupan. Walhal sedar, yakin dan percaya setiap detik yang dititi di jambatan waktu dunia ini akan dinilai dan dihitung penuh

Cuti Cuti Malaysia

Image
Salam palestine Sudah 3 hari menghirup udara tahun baru hijrah, 1432 H. Tahun ini meraikan tahun baru bersama sahabat-sahabat dengan makan malam istimewa di Anjung Penghalian, Semporna. Mengisi cuti persekolahan yang masih bersisa. Seronok musafir bersama teman-teman sefikrah. Topiknya berkisar urusan-urusan perjuangan. Samada kenangan semalam yang dijadikan pengalaman, atau perancangan mendatang yang penuh teka teki. Kerap diperkatakan soal jodoh dan teman hidup. Masih bujangkan, topik ini lah yang paling relevan. Apatah lagi saat usia sudah cukup sesuai dan sudah punya kerjaya yang diimpikan. Menariknya, setiap kali mengatur angan-angan dan impian, ada sahaja yang mengingatkan, pastikan mahligai yang dibina nanti adalah baitul dakwah. Ambil ikhtibar dan renungan sahabat-sahabat yang terlebih awal menyahut seruan jodoh. Mana yang baik jadikan teladan, yang buruk sekadar sempadan. Inilah indahnya apabila berteman dengan yang punya didikan perjuangan. Sepetang pusing-pusing bandar Sempo