Posts

Showing posts from January, 2011

Secawan Teh

Image
Salam Palestine Sedang menikmati erti cuti. Walaupun tidak keluar ke mana-mana destinasi percutiaan, memadailah punya waktu seketika menghirup udara pagi tanpa perlu berada di white bridge. Seminggu cuti sempena Tahun Baru Cina. Kalau di hitung masa, panjang bunyinya. Tapi melihat tugasan yang menanti, diari sudah penuh. Modul untuk program PERPIS sekolah belum sempurna. 3 subjek OUM menanti untuk dihadam. Memikirkan ini sudah cukup membeban minda. Hati juga tidak berbunga ceria. Bagai memendam sesuatu yang bersimpul padu. Sukar dirungkai! Sudahnya badan tidak cergas, minda tidak cerdas. Pergerakan menjadi lambat, otak menjadi lembab. Beriringan dengan cuaca yang tidak menentu. Langit jarang cerah sepanjang hari. Mentari sering dibayangi awan gelap pekat. Apa lagi pilihan yang ada. Melainkan duduk setia di rumah. Mencongak masa, menanti waktu semua kembali pulih. Rasa jiwa kembali berbunga indah. Akan sampai waktunya, cuma memerlukan kesabaran yang tinggi. Itu pesan seorang teman, saat

Kongsi Rasa

Image
Salam Palestine Hari pertama persekolahan untuk sesi 2011. Kelam kabut tidak terkata. Kesihatan pula tidak mengizinkan. Bersin dan batuk bersilih ganti. Alhamdulillah, demam sudah semakin kebah. Kepala sudah tidak pening. Gagahkan juga ke sekolah. Tidak mahu ada yang tertangguh saat semua baru bermula. Ahad lepas, Allah beri berikan rezeki masa dan kekuatan hadir Kuliah Amal Islami. Kuliah rutin hujung minggu anjuran Unit Amal Kawasan Tawau. Walau anggota Unit Amal dan brigednya yang prihatin pada kebajikan, tidak kelihatan sangat di medan ilmu itu. Pasti punya urusan yang lebih aula. Syukur Alhamdulillah, tautan hati pada majlis-majlis ilmu masih utuh. Menghadiri majlis ilmu ibarat satu suntikan motivasi melalui jalan perjuangan yang penuh ranjau ini. Itu yang aku perolehi Ahad lepas. Kebetulan pengkuliahnya "Murabbi Realiti" ku. yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu. Insan yang mendidik jiwaku seawal usia ku 14 tahun lagi. Butir nasihatnya pasti saja meninggalkan kesan ya