Posts

Showing posts from June, 2009

Lensa Pameran Sukaneka Pasti Kawasan Tawau 2009

Image

Jangan tengok saja..

Image
T u lisan terakhir untuk Jun 2009. Esok tirai Julai mula membuka lembarannya. Ketika membaca kembali coretan-coretan lalu samada di terakan bicara_sufi lama mahupun rumah baru ini, seolah saya banyak berkira-kira tentang waktu dan masa. Bagai menanti sesuatu tiba atau mengharap sesuatu pergi. Apakah??? Minggu ini, tugasan disekolah tiba-tiba "menyerang" serentak. Isnin yang ceria disuramkan dengan kerutan di kening yang memberi isyarat, otak sedang ligat berfikit. Mahu tidak berkerut, dalam minggu ini, kena siapkan PEKA Sains untuk ditaksir oleh pentadbir. Dengan PEKA yang belum bertanda sepenuhnya dan fail-fail belum dikemaskini. Unit disiplin pula hendak bermesyuarat Khamis ini, memerlukan surat panggilan mesyuarat dan minit mesyuarat lepas. Dalam masa yang sama data SMM perlu dikemaskini. Kerja-kerja selaku Setiausaha HEM juga perlu disegerakan. Huhu. . ternyata guru bukan sekadar mengajar dan mendidik . Guru juga kerani, polis, doktor, tukang kebun, arkitek dan macam-ma

Kisah Pameran

S yukur..berakhir jua tugasan dan amanah menguruskan Pameran untuk Sukaneka PASTI Kawasan Tawau . Banyak cerita dan kisah disebalik tanggungjawab ini. Manis ada pahit pun terasa. Manis kerana pameran rasanya "cantik" jugalah tahun ni. Walaupun asalnya dibayangkan suram kerana diri ini bukanlah mahir dalam bab-bab "deco" ni. Walaupun peminat rancangan "deco bersama eric". Mujur adik-adik [ khamsiah, anisah, mardiana, nani, widi] dan rakan sebaya [fate', asmah dan athirah] TERSANGAT banyak membantu. Komitmen dan kerjasama mereka layak mendapat gred A. Proses men"setup" tapak program bermula secara rasminya pukul 3 pm. Walau hakikatnya ada yang sudah menunggu seawal 2 pm. Ada saja masalah teknikal yang mengganggu perancangan. Sabar ya yang terpasa menunggu tu. Allah nak bagi pahala lebih. :) Semuanya selesai tepat pukul 6pm. Kami akhiri dengan bergambar ceria dihadapan tapak pameran. Gambar menyusul kemudia kerana tukang gambar tak bagi lagi gam

Muslimat Tawau : Satu pemerhatian..

Image
M uslimat memacu perjuangan. Bunyi tema yang digarap dalam muktamar muslimat kawasan Tawau baru-baru ini. Intipatinya sudah dijelaskan dengan panjang lebar oleh ketua DMPKT semasa ucaptama dan telahpun dibukukan setebal 23 muka surat [boleh dirujuk di pejabat DMPKT]. Terlalu besar harapan dan inspirasi yang ingin dicapai oleh DMPKT melalui tema yang diharapkan dapat dimaksimakan usaha mencapainya sepanjang sesi 2009/2011 . Perlu diketahui oleh semua amilat yang meneruskan gerak kerja perjuangan dibawah label DMPKT dengan posisi lujnah masing-masing, tugas merealisasi tema ini bukan sekadar komitmen dan kesungguhan daripada saf pimpinan yang dilantik semata-mata. Bahkan memerlukan kerjasama padu ahli-ahli yang sedar tugas dan gerak kerja dakwah adalah satu tuntutan yang perlu diberi keutamaan. Amat menyedihkan, baru beberapa bulan muktamar DMPKT berlalu bahkan baru beberapa minggu muktamar PAS pusat berlalu, para amilat di bumi peladang seakan tidak terasa langsung bahang dan tidak t

Gelora jiwa

Image
P unya rasa ingin menulis. Tetapi tidak tahu mahu fokus apa. Selalunya begini bila ada yang mengganggu jiwa. Aduh..kerap benar jiwa berombak dan bergelora. Selalu bila tidak tenang begini, memang "mood" yang baik untuk menulis. Tetapi nada penulisan pasti tidak segar dan bersemangat. Allahumma muqallibul Qulub thabit qalbi ‘ala deenek. Kalimah yang sering kubisik pada hati. Biar reda seketika gelora rasa. Ayat ini juga kerap ku ulang dalam sesi usrah bersama adik-adik PERPIS petang tadi. Fizikal pun kurang sihat hari ini. Sepetang dilanda sakit kepala yang amat. Gagahkan jua diri memandu viva-ST 7909 K. Walau hakikatnya pandangan berpinar-pinar. Semasa sesi usrah juga, bagai mahu tumbang kadang-kadang. Mujur diri jenis manusia yang mudah senyum, dapatlah "cover" muka berpenyakit ini. Tidak sampai hati mahu batalkan usrah adik-adik yang sanggup datang walau keletihan 5 jam di sekolah. Mereka boleh menggagahkan diri, kenapa aku perlu memanjakan diri? Syukur, usrah ber

Jalan masih panjang

Image
M usim cuti mahasiswa sudah hampir melabuhkan tirainya. Hampir tiap hari dalam minggu ini ada berita kepulangan adik-adik mahasiswa ke menara gading. Tempat mereka menuntut segala teori. Teori bekal menempuh alam kerjaya yang telah mereka pilih. Juga teori menghadapi jalan perjungan yang tidak sedikit mehnah dan tribulasinya. Itupun seandainya masih terpilih dan dipilih ! Melihat mereka, terimbau kenangan-kenangan semasa bergelar mahasiswa dahulu. Penuh dengan idea dan semangat yang membara. Mereka juga mengulagi kisah dan sejarah itu. Kepulangan awal mereka ke universiti pastinya punya misi yang perlu diselesaikan. Jadual kuliah masih bersisa beberapa minggu untuk bermula. Namun, masa yang sepatutnya dihabiskan untuk bersama keluarga dan merehatkan minda yang sarat, mereka korbankan demi sebuah perjuangan. Sekalung tahniah diucapkan. Semoga adal agi waris-waris perjuan gan yang bakal kalian temui dalam misi OKTI yang sedang kalian rancangkan. Terasa ingin menggarap sedikit buah fikira

Ada apa pada ukhuwwah?

Image
T ernyata agak kurang penumpuan masa untuk mengakses internet dengan tekun dan teliti 2-3 hari kebelakangan ini. Malam ini, "mood" untuk menulis yang sekian lama ditahan dek kekangan pada tugas dan tuntutan lain yang lebih utama disempurnakan jua. Hujung minggu lepas agak padat terisi. Sebelah pagi sabtu-ahad diisi dengan aktiviti di sekolah dan beberapa mesyuarat mengurus perjuangan. Sebelah petang sibuk dengan kelas tuisyen buat bekal menambah pendapatan memenuhi keperluan hidup menyara ahli keluarga dan diri sendiri. Malam ahad, berkesempatan hadir dan memeriahkan qiamullail bulanan di Pasti Taman Ria. Qiamullail kali ini agak suram dan hambar. Kedatangan sekadar 20 orang sahaja. Berbanding bilangan yang sepatutnya hadir dalam 50 orang. Sempat juga menghantar sms kepada beberapa orang sahabat karib, seperti biasa, pelbagai sebab dan musabab diberikan. Dalam keluluhan hati, berusaha mengukir kuntuman senyuman. Semua ini urusan Allah. Bukan rezeki mereka kali ini. Aku yang t

KARTUN vs KANAK-KANAK

H ampir semua rumah kini mempunyai televisyen (TV). Televisyen dengan kehidupan manusia memang sudah tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai menonton televisyen. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “ realiti ” yang dipanggil 3D. Sebut saja Doraemon, Sinchan, Detektif Conan, Spongebob, Hagemaru . Pasti dikenali dengan cukup akrab oleh kanak-kanak. Kartun ibarat menjadi makanan wajib kanak-kanak. “Sabtu dan ahad ‘turn” abang ya tengok tv. Abang nak tengok Dragon Ball” “Mak, malam ni tak payah mengaji ya, adik mau tengok Sinchan” Kita mungkin biasa mendengar dialog-dialog sebegini diutarakan si anak kecil kepada ibunya. Betapa kartun mendapat tempat dihati dan minda kanak-kanak. Antara punca senario tidak sihat ini, ketidakpekaan sistem penyiaran rancangan televisyen menyiarkan dan melambakkan cerita-cerita

Kembali ke sekolah

Image
Sekolah sudah kembali meriah. Setelah hanya dihuni staf dan kakitangan bukan mengajar. Para pendidik dan anak didik kembali meneruskan rutin kehidupan. Hari pertama selepas 2 minggu bercuti, memang tidak disertai mood dan ghairah hendak mengajar. Pelajar pun sama. Tidak tersuntik langsung semangat mereka untuk belajar. Hingga ada yang tidak membawa buku pun. Hanya mampu menggelengkan kepala. Hendak marah-marah rasa tidak patut. Biarlah. Sesekali melayan "manja" anak-anak ini. Lagipun masa boleh diiisi dengan bersama mengulangkaji kertas peperiksaan pertengahan tahun yang sudah selesai. Bila mula sibuk dengan rutin mengajar ini, mulalah kerja-kerja perjuangan tertolak ke tepi. Prioritynya menjadi yang kedua. Namun sering mengingatkan diri, memadailah kerja-kerja sekolah dilaksanakan sewaktu di sekolah sahaja. Masa selebihnya adillah kepada perjuangan dan keluarga. Jangan mengorbankan mana-mana diantaranya. Jangan sesekali! Ayuh semua, mengorak langkah gagah merealisasi aspira

Pantas benar

Image
P antas benar masa berlalu. 2 minggu bagai 2 hari saja. Sungguh belum puas menikmati cuti 2 minggu ini. Lari seketika dari bebanan tugas-tugas rasmi selaku Cikgu. Melupakan seketika buku-buku latihan yang perlu disemak, kerja-kerja pengurusan yang berlambak-lambak dan karenah anak-anak didik yang menuntut sabar yang tidak sedikit. Dua minggu berkesempatan "melajakan waktu tidur pagi" mengimbau "feel" kurang senonoh masa zaman bergelar mahasiswa. Ingat lagi, masa belajar dahulu, kerap berjaga di malam hari. Hingga pagi kurang dinikmati. Memang benar bila dah jadi tabiat bukan mudah nak di ubat. Jadi semailah tabiat-tabiat yang mahmudah saja. Agar mudah mencapai martabat taqwa. Sorotan peristiwa sepanjang cuti ini bermula dengan walimah insan-insan bergelar sahabat. Satunya Hasnuri, sahabat seperjuangan yang telah sama-sama berbaiah menjadi mata rantai perjuangan menegakkan daulah islamiah di alam buana ini khususnya Malaysia bumi bertuah. Alhamdulillah seronok melih

Akhirnya...Suatu permulaan

13 Jun 2009 menjadi tarikh rasmi aku melancarkan blog peribadiku. Walaupun hakikatnya aku sudah bermain-main dengan dunia blog ini sudah 4 tahun dan aktif serta komited sepenuhnya dua tahun lepas. Blog peribadiku sebelum ini sekadar menumpang tapak di blog.friendster. Atas alasan, tidak mahu penumpuan mengurus NISA' KAWASAN TAWAU dan DMPKT terganggu. Lagipun kebiasaannya apabila berlaku pertembungan antara kehendak peribadi dengan urusan jemaah, urusan peribadi sering mendapat tempat di hati. Bagi mengurangkan risiko berlaku "peperangan dalaman antara hati dan nafsu" maka hajat dan keinginan membuak punya blog peribadi sendiri ku pendam dua tahun lamanya. Keputusan kini berubah. Beberapa hari lepas, setiausaha nisa' kawasan Tawau "memastikan" yang nisa' mempunyai "pengurus" blog nya yang baru. Secara rasminya, aku sudah tidak memikul beban amanah itu. Kini hanya tinggal blog muslimat kawasan yang perlu di urus-selenggara. InsyaAllah, pengala