Posts

Showing posts from September, 2009

Aku insan biasa

Sebentar tadi baru habis bersembang-sembang ilmiah menerusi YM dengan seorang sahabat seperjuangan di bumi Peladang ini. Alhamdulillah..tersangat suka dengan perkembangan terbarunya. Berbanding zaman dia masih sekolah dahulu. Sangat berbeza. Kini dia semakin sedar keperluan mengintima' jiwa dan raga dalam perjuangan. Semoga semua generasi perjuangan terutamanya golongan muda, masih dan terus bersemangat untuk menyahut seruan perjuangan di bumi bawah bayu ini. Aku yakin kalau semua orang memainkan peranan dengan sebaiknya dan memberikan komitmen sepenuhnya kepada gerak kerja perjuangan, anjakan sikap dan paradigma masyarakat Sabah agar berbalik kepada penghayatan Islam yang sebenar mampu dijayakan. Tetapi akur, bukan mudah merealitikan teori ini. Paling mudah, lihat dan nilailah apa pengorbanan yang telah kita sumbang untuk perjuangan? Aduh..hanya aku mampu termenung dan menginsafi...masih terlalu kecil dan kerdilnya aku di sisi perjuangan ini.. [ entry ringkas..kesan perbincangan y

Di senja ini

Image
Termenung aku di anjung senja Memikir dan memuhasabah Membelenggu jiwa dan rasa Agar bisa tunduk dan redha Tatkala diri bagai tidak bernyawa Menahan sesak dan resah jiwa Sesekali di uji derita Oleh Dia Sang Pencipta Tanpa aku sedar dan perasan Bukan aku saja punya ujian Bukan aku saja menahan perasaan Bukan aku sahaja berdepan persoalan Kiri, kanan, depan dan belakang bahkan di segenap penjuru alam Ada lagi yang lebih malang Tatkala aku punya mata yang sempurna Ada yang buta tanpa melihat dunia Tatkala aku punya lisan menutur bicara Ada yang bisu tanpa mampu berkata Tatkala aku mampu berjalan gagah Ada yang hanya mampu berkerusi roda Tatkala aku mampu bergaji dan berkerjaya Ada yang masih mengharap simpati sesiapa Mengapa aku masih perlu gundah Mengapa aku masih perlu resah Ketika nikmat datang mencurah Membuat hidup lebih bermakna Puisi hati ini terilham tatkala dalam perjalanan pulang dari rumah kakak sulungku membawa anak buah yang bermuram durja kerana berpisah dengan ibunya yang

Nun di Sana

Image
D ua tiga hari terasa berat untuk menulis. Melakar sesuatu buat renungan diri dan insan yang sudi kunjung ziarah bicara sufi. Kebiasaannya "penyakit" malas ini menyerang apabila hidup statik sahaja. Tiada apa-apa yang menarik berlaku disekeliling. Sebentar tadi baru terbaca blog sahabat yang nama penanya hazainor. Mengkhabarkan walimah sahabat nisa' Aminah Soga. Hanya mampu mengetuk dahi.. "macam mana boleh lupa plak ni ". Walhal ada dia menghantar sms untuk aku hadir memeriahkan majlis akad nikahnya. Kebetulan tiada pun seorang sahabat mengingatkan dan mengajak untuk ke sana. Agaknya semua beranggapan aku akan menolak untuk hadir dan sekadar mahu berdiam diri dirumah. Tidak harus menyalahkan mereka. Salah sendiri tidak peka. Bila keadaan sebegini berlanjutan untuk dua-tiga majlis, semakin sedar bahawa kini memang benar-benar sendiri. Perlu sensitif kepada perseketiran. Kalau tidak diri sendiri juga akan tertinggal. Mengapa dan kenapa keadaan ini boleh berlaku?

Kisah Syawal

Image
Salam Lebaran A lhamdulillah..syukur atas nikmat usia dan masa..bertamu juga kita anjung Syawal. Setelah sebulan bermujahadah melawan hawa nafsu membina benteng diri selama sepurnama bersama Ramadhan. Hari ini sudah 3 Syawal. Bukan baru berkesempatan untuk mencurah rasa bersama bicara sufi, terlalu banyak masa lapang dan terluang. Namun sengaja tidak mahu melakar sesuatu..nanti kelihatan "abnormal" pula kan. Orang tengah beraya, kita pula asyik menghadap laptop. Sudah-sudahlah dikata "abnormal"..ni nak jadi normal betul-betul dah ni. :-) Hari ini nak bercerita tentang raya sahaja. Bermula dari persiapan raya hinggalah ke hari raya. Mungkin entry kali ini agak panjang. Jadi kepada yang bergegas dengan masa, bacalah sekerat-sekerat. Janji faham jalan cerita. :D 29 Ramadhan saban tahun sememangnya hari yang sibuk dan memenatkan. Hari itu merupakan persiapan kenduri hari raya. Untum makluman, suku kaum bugis di Tawau ni sangat sinonim dengan kenduri. Sikit-sikit ken

Hargai selagi boleh

Image
Salam Ramadhan Penghujung Ramadhan semakin tiba. Sana sini sudah mula dipenuhi dengan mood raya. Lagu raya juga sudah menenggelamkan suasana Ramadhan. Tradisi yang kurang subur kepada rohani. Bukankah sebaiknya saat-saat akhir ini semakin kita "berhabis" untuk memaksimakan ibadah.? Berusaha sekerasnya agar benar-benar mengumpul bekal iman dan taqwa buat perisai menghadapi hari-hari mendatang? Masyarakat semakin kabur menilai anugerah tuhan.. Sebentar tadi membaca kisah pembebasan tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray suami kepada Norlaila Othman aktivis GMI. Sayu hati dibuatnya. Penantian 8 tahun berakhir juga. Pasti tidak terucap dengan kata-kata betapa syukurnya mereka atas pertemuaan ini. Setelah dipaksa berpisah oleh akta zalim ciptaan mereka yang mendokong kebatihlan. Bertambah menyedihkan apabila akta zalim ini turut dipertahankan oleh mereka yang punya pengetahuan agama yang tinggi. Mengguna hujah-hujah agama untuk menegak yang bathil. Menahan seseorang tanpa bicara, memaks

Sedingin pagi..

Image
Sabah cuti hari ini. Hari keputeraan TYT Sabah. Melihat jadual, juga tidak ada sebarang agenda yang perlu diselesaikan. Mesyuarat tiada program pun tiada. Memikir lapang begini, waktu dimanfaatkan untuk keluar merasa angin pagi. Seusai subuh, aku mengajak mak ke pasar pagi. Hajat dihati mahu mencari jagung buat juadah berbuka petang ini. Juadah tradisi suku kaum "bugis sabah" bernama BEROBBOK ini memang menjadi kegemaranku. Seisi rumah tahu aku gemarkannya. Pasar Tanjung Tawau Nikmatnya merasai kedinginan bayu pagi. Memandu perlahan sambil menyaksikan sang suria menyapa hari. Terimbau kenangan kecil-kecil dahulu. Mak selalu bawa ke pasar sebelum subuh lagi. Masa tu mata memang berat sangat. Sementara dalam perjalanan ke pasar, pasti sempat melelapkan mata di dalam bas yang dipandu bapa. Setiba di pasar, mata yang layu kembali segar. Melihat pelbagai ragam dan karenah manusia. Sementara mak mendapatkan barangbarang keperluannya, aku kerap sekadar menjadi pemerhati sahaja. Peme

Berdamailah Dalam Iman

Image
Salam Ramadhan.. Hari-hari terakhir bersama bulan penuh berkat ini. Nikmat yang tiada taranya. Terasa sangat perbezaan beribadah di bulan ini berbanding bulan-bulan lainnya. Sangat ketara! Takut untuk menghadapi hari-hari berikutnya pun ada sekarang ini. Masih sangsi akan keampuhan benteng diri yang dibina sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan ini mampu menangkis segala cabaran di hari mendatang. Bukan mudah meastikan setiap tingkah, fikrah dan bicara bertepatan dengan syariat dan mampu diganjar pahala. Kekadang kita bercakap dengan niat membetulkan keadaan agar lebih baik, tetapi ditafsir sebaliknya. Kekadang kita bertindak sedikit "keras" hingga mungkin menyentak rasa insan lain. Walhal niat kita sekali lagi, ingin menjadikan situasi lebih baik dan betul. Tafsiran kita dengan insan lain belum tentu sama. Disinilah titik puncanya konflik. Konflik komunikasi dan juga konflik diri. Terlibat dan melibatkan diri dalam apa jua konflik adalah sesuatu yang sangat membebankan.

Ikatan hati

Image
Salam Ramadhan Sabtu yang menenangkan. Seharian di rumah hari ini. Tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti di siangnya yang perlu dihadiri. Tidak seperti kebiasaannya ada sahaja agenda yang perlu dibereskan. Walaupun dalam keadaan lapang begini, tiada rezeki untuk hadir iftar jama'ie di Merotai. Terkilan juga. Apakan daya, tidak sampai hati membiar mak dengan abang ipar sahaja berbuka dirumah. Adik-adik semuanya punya urusan peribadi. Salam kemaafan buat sahabat semuanya atas ketidakhadiranku. Ramadhan ini, tidak berpeluang aku mengahadiri iftar-iftar yang dianjurkan oleh jemaah. Kesan perlu menyediakan juadah berbuka dirumah. Lagi pula, sayu sangat hati untuk meninggalkan mak dan adik-adik sahaja. Apatah lagi dalam keadaan kakak-kakak dan abang-abang semuanya tiada di rumah. Tidak mahu hati mak sayu dan akan terbawa-bawa mengimbau memori berpuasa bersama arwah bapa. Tidak mahu sakit menanggung rindu kembali meyerang hati. Tidak di nafikan, perasaan serba salah, tidak tenang, terin

Semoga dimakbulkan..

Salam Ramadhan "Kalahlah BeEnd nanti dalam pilihanraya nanti ni" "Aku tidak mahu sudah undi BeEnd" "Semakin teruk kerajaan sekarang ni" Antara luahan beberapa rakan yang sempat melekat di minda. Respon ketiadaan bonus raya pada tahun ini. Bonus hanya untuk AKS sahaja... Malas nak komen panjang. Andai ini satu doa. Aku tambah lagi doa ini, MAKBULKAN LAH YA ALLAH... :-) Kebatilan akan sirna..Kebenaran akan terpancar.. Kg Pasir Putih, 9.37 pm

Pecutan Akhir

Image
Salam Ramadhan Sampai juga kita akhirnya ke permulaan fasa ketiga bulan penuh keberkatan ini. Janji Allah pada fasa ini ialah pembebasan dari api neraka. Allah..satu anugerah yang sangat nikmat. Dinasihatkan kepada kita pada 10 malam terakhir ini, gandakan lagi amal ibadah. Maksimakan masa dengan sepenuhnya untuk fokus kepada amalan-amalan yang mampu beroleh pahala. Kali ini, mengambil sedikit tindakan berani dan diluar kebiasaan. Awal-awal lagi, sudah mewartakan bahawa Ramadhan ini tiada sebarang 'pesta membuat kuih-muih'. Alasanku, tiada cuti. Kalau mengharap mengambil masa pulang dari sekolah ataupun pada malam hari, tidak larat rasanya. Dalam masa yang sama, berterus terang dengan semuanya, sayang 'masa keemasan untuk beribadah ini' dibazirkan dengan berhempas pulas membuat kuih raya. Bukan menafikan keperluannya, tetapi tidak berbaloi mengorbankan masa memburu lailatul qadar. Sudahnya, tahun ini 'kuih tunjuk' lah jawabnya. Raikan peniaga-peniaga kuih dimusi

Soto Banjar

Salam Ramadhan.. Sudah hari yang ke-18 Ramadhan Kareem membuka tirai. Bahang perpisahan semakin terasa. Bahagianya andai dapat berjumpa "mesin penghenti masa"..biar Ramadhan jangan berlalu. Sesuatu yang mustahil dan sekadar angan-angan... Seronok hari ini. Puas berada di dapur. Dari semalam berjanji dengan adik-adik untuk masak sesuatu yang istimewa sebagai juadah berbuka hari ini. Walaupun tiadalah istimewa sangat juadahnya. Sekadar soto banjar. Tetapi bila yang memasaknya tu aku, maka menjadi istimewa lah ia. Apa tidaknya, jarang benar kelibatku menunjukan "skil-skil" memasak dirumah. Bukan apa, ramai yang dah memang "expert", jadi tak payahlah aku tunjuk bakat kan. [ayat helah bela diri..haha] Melihat mak menjamah soto banjar yang aku masak dengan khusyuk, cukup membahagiakan rasanya. Bukan senang mak nak penuhi citarasa mak. Abang ipar, adik-adik, abangku, pokoknya semua yang berbuka dirumah hari ini, aku lihat makan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun

Yakinkah sudah?

Di lautan perjuangan suci itu Mereka terus gagah membelah badai Dia terus gigih menongkah arus Aku masih kaku menahan ombak kecil Di tengah gelombang kebangkitan Mereka terus maju menghayun langkah Dia tetap padu mara bersama aku memerhati bisu dipinggir tirai Dibawah ledakan semangat waja Mereka memacu jiwa raga Dia ikut berkongsi rasa Aku senyap seribu bahasa ..semua ke syurga kecuali dia..ku bimbangi dia lah diriku.. [luahan hati Saidina Umar Al-Khattab]..insan yang sebgini hebat dan terbukti kehebatannya..masih sangsi dan takut adakah syurga menjadi miliknya.. Duhai diri..yang tidak punya apa-apa..terlalu hina dan kerdil, bagaimana keadaan mu? Yakin dan pastikah syurga itu milikmu? Cukupkah sudah bekal diri menghadap Rabbul Izzati? Rebutlah peluang sementara masih ada..apatah lagi dibulan ibadah ini..teruskan "berpesta" ibadah..masa semakin suntuk..

"Moody"

Image
Salam Ramadhan Bermanfaat lagi hujung minggu ini. Sabtunya diisi dengan pengisian bermakna bersama Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Puan Salbiah Abdul Wahab dan pagi Ahad ini bersama YB Ustaz Muhammad Awang dari Gual Periuk, Kelantan. Kena sangat pada tempatnya pengisian-pengisian rohani ini. Tatkala jiwa terasa gersang dan tandus dari siraman rohani yang mampu mendidik jiwa. Peringatan dari Puan Salbiah agar para muslimat di bumi peladang ini keluar mempraktikan teori dakwah dan bersama dengan para mad'u satu saranan yang mencabar diri. Akur pada keperluan ini. Tanpa menafikan kepentingannya sama sekali. Cabarannya adalah diri sendiri yang kurang mahir berkomunikasi. Hanya pandai senyum-sengih sahaja.Huhu... Pengisian YB pula berkenaan sifat orang mukmin. Pengisian jiwa yang cukup memuhasabahkan diri. Dengan loghat Kelantannya, sedikit sebanyak mengimbau kenangan-kenangan semasa berada di negeri "Serambi Mekah Itu". Teringat juga kepada sahabat lama, orang Kuba

Celik mata hati

Image
Salam Ramadhan Sedikit lewat hari ini ke sekolah. Padah menyambung tidur seusai subuh. Berat benar mata. Agaknya kesan tidur kurang berkualiti semalam. Meninggalkan rumah tepat 6.05 minit pagi. Biasanya 5.55 a.m sudah bergerak perlahan ST7909K meninggalkan parkir. Cuaca kurang "sihat" hari ini. Jerebu agak teruk. Saat menulis ini pun, pagi masih berselubung jerebu. Salah satu ujian dan peringatan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di alam fana ini. Peringatan yang hanya akan dimengerti oleh hati-hati yang celik. Peringatan-peringatan ini datang silih berganti. Muncul dalam pelbagai keadaan dan situasi. Malangnya manusia acapkali lalai dan tersilap membuat tafsiran pada peringatan-peringatan ini. Apabila seisi dunia diuji dengan ujian H1N1, semua orang sibuk mula menjaga kesihatan. Mengurangkan kegiatan bersosial. Pokok pangkalnya mengambil apa jua tindakan yang yang dianggap sebagai langkah pencegahan. Namun, berapa ramai yang mengkaji, memikir dan menilik kenapa dan mengapa &

Berpuasa tanpa perasaan

Image
Salam Ramadhan.... Ramadhan sudah masuk fasa kedua. Tawaran Allah di fasa ini adalah maghfirah untuk hamba-hambanya. Wajib benarlah kita mengaut sebanyaknya tawaran ini. Bersesuaian dengan keadaan kita bergelar insan yang acapkali terlalai hingga tersasar ke lembah dosa. Semoga hati hitam dan kelam dek debu-debu dosa mampu disisihkan biar terang dan suci semula. "Cikgu sah kah puasa kalau orang tu minum" satu panggilan telefon ku terima seusai berbuka. Panggilan dari bekas pelajarku tahun lepas. "Minum apa?" Tanyaku kehairanan.. "emm..emm..minum tu bah cikgu.." Jawabnya tergagap-gagap "Arak"? Suaraku sedikit keras meminta kepastian. "Iya..batalkah cikgu?" Tanyanya lagi "Cikgu sahkah puasa kalau setengah hari?" Tanya pelajarku ketika aku sedang asyik menulis soalan ulangkaji Sains di papan putih. Antara soalan-soalan berkaitan puasa yang kuterima daripada pelajar-pelajarku. Ada macam-macam lagi soalan yang kadang-kadang cuk

Melawan Kesepian

Image
Salam Ramadhan.. Macam biasa apabila kakak sulungku ada ad-hoc meeting di sekolah, aku pasti akan mendapat arahan mengambil anak saudaraku, Fatihah Fatin di sekolah "cinanya". Memandangkan bulan puasa, tidak perlu kalut melayan hidangan tengah harinya. Dia pun turut berpuasa sama. Walaupun badannya kurus kering, namun dia tetap gigih berpuasa. Mahu mengulang rekod cemerlangnya tahun lepas. Berpuasa penuh 30 hari. Walau baru berusia 7 tahun. Tapi, jenuh juga melayan imbuhan untuk kejayaannya itu. Berkali-kali bertanya, apa yang hendak aku berikan jika puasanya penuh. Jawapan ringkasku..biarlah rahsia. Jawapan yang cukup "menyengalkannya"..haha.. Oleh kerana tiada "slot" makan tengah hari, dia pun mengajak aku menemaninya menonton tv. Sambil memegang buku ditangan, aku layan juga lah kehendaknya. Sudah lama rasanya tidak duduk menghadap skrin TV. [asyik menghadap laptop jak..] Banyak benar drama bersiri yang tidak aku ketahui. Fatin pun memperkenalkan aku de