Posts

Showing posts from March, 2012

Jihad Cinta 5 [Ingatan untuk Si Adik]

Zati ralit menyiapkan senarai tetamu VIP untuk program besar Biro Kerohanian kolejnya. Dia bercadang mengemelkan saja senarai itu kepada Hadi dan AJK yang berkaitan. Memanfaatkan teknologi yang dicipta untuk memudahkan urusan manusia. “Assalamualaikum..kak Zati..” kedengaran suara mengetuk pintu sambil melaung nama Zati. “Waalaikumussalam..kejap..” Zati menjawab salam. Kebetulan biliknya berada paling hadapan. Berdekatan dengan pintu masuk rumah mereka. Jadi dia dapat mendengar dengan jelas andai ada yang memberi salam mahupun mengetuk pintu rumah. “Maaf kak, Sarah terlupa bawa kunci.” Sarah memohon maaf kesan kecuaiannya terpaksa mengganggu Zati. “Patutlah akak tengok kunci Sarah tergantung dekat rak kunci. Syukur akak dah ada kat rumah. Kalau tak berlalat Sarah menunggu kat luar. Dah setle kerja kumpulan?” sambil beriringan masuk ke dalam bilik, Zati menyoal Sarah tanda ambil berat. Zati memang kerap bertanya perihal pelajaran Sarah. Memandangkan mereka daripad

Jihad Cinta 4 [Kisah 2 Sahabat]

Sementara menanti kedatangan Dinah, Zati mengambil ruang membersihkan rumahnya. Walaupun bukan tugasnya mengikut jadual yang dia dan ahli rumahnya telah tetapkan, namun dia tidak kisah bertolak ansur. Memandangkan hanya dia seorang sahaja di rumah ketika itu. Tidak wajar terlalu berkira apatah lagi manfaatnya kembali kepada dirinya juga. Hatinya juga yang akan senang tatkala melihat keadaan rumah yang bersih dan teratur. Mampu menghilangkan kusut minda lebih-lebih lagi minggu getir saat semua tengah kelam kabut untuk menghantar tugasan masing-masing. Seakan sudah menjadi budaya mahasiswa, hanya mahu terkejar-kejar menyiapkannya apabila tarikh penghantaran sudah dekat. Dia kurang gemar begitu. Baginya itu hanya akan mengurangkan kualiti tugasan mereka. Sambil menyapu ruang tamu rumahnya, Zati bermonolog sendiri. Cuba meneka-neka tujuan kedatangan Dinah. Apa perkara yang ingin diberitakannya. Pasti serius kerana dia sanggup datang ke kolejnya sedangkan boleh sahaja mereka berbincang