Posts

Showing posts from February, 2012

Jangan pernah berubah

Image
Salam Palestine Petang yang tidak membahang. Hujan baru berhenti. Dedaun pohon mangga yang menghijau di belakang rumah kakak saya masih bersisa titisan hujan. Cuaca petang ini memang sangat kondusif untuk membelai mata. Saya sengaja tidak melayan pujukan mata yang layu ini. Sengaja tidak menyubur tabiat tidur petang. Risau malamnya saya menjadi "kelawar". Penyakit yang sering saya deritai. Saya mengambil ruang yang ada mengisi bicara sufi. Saya masih terkesan dengan apa yang berlaku dalam kelas Tasawwur Islam bersama pelajar tingkatan 4. pagi tadi. Subjek bukan opsyen yang perlu saya galas amanahnya. Saya yakin, pemilihan saya menjadi tenaga pengajar kerana zahir dan identiti saya yang seperti seorang ustazah. Walau saya sedar dan telah pun memaklumkan mereka yang memilih saya, saya akan usaha melakukan yang terbaik. Belajar sambil mengajar. Dan secara peribadinya, subjek ini menjadi subjek kegemaran saya. Ruang rasmi saya berkongsi keindahan Islam dengan mereka si anak didi

Pelangi Indah

Image
Salam Palestine Minggu yang membahagiakan. Ada beberapa khabar yang menyeri taman hati. Penantian panjang yang berbaloi. Berkat sabar kata seorang teman. Saya akui kebenaran katanya. Dan saya memang sering kagum pada dirinya. Saat saya dan dia di uji dengan ujian yang terasa perit dan bagai tidak mampu untuk didepani, dia tidak pernah lepas dari mengucap kata sabar. Walau saya tahu, melafaznya tidak semudah mengotakannya. Saat ujian datang silih berganti, saya semakin mengenal diri. Saya masih jauh dari sifat sabar itu. Bukan sekali, bahkan berkali-kali saya mengadu pada teman saya ini. Saya bagai tidak mampu untuk terus bertahan. Dia masih dengan tenangnya. Memujuk saya yang sedang lemah. Memujuk dengan bimbingan kalamNya. Pada sirah perjalanan RasulNya. Dia membawa saya kembali ke dalam diri. Menyedarkan saya yang sering mengaku mahu menjadi sang da'ie. Mahu berjiwa murabbi terutama pada anak-anak didik yang menanti diberi bimbingan. Dia terus mengulang bicara. Bersangka baik den