KARTUN vs KANAK-KANAK

Hampir semua rumah kini mempunyai televisyen (TV). Televisyen dengan kehidupan manusia memang sudah tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai menonton televisyen. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.


Sebut saja Doraemon, Sinchan, Detektif Conan, Spongebob, Hagemaru. Pasti dikenali dengan cukup akrab oleh kanak-kanak. Kartun ibarat menjadi makanan wajib kanak-kanak.


“Sabtu dan ahad ‘turn” abang ya tengok tv. Abang nak tengok Dragon Ball”

“Mak, malam ni tak payah mengaji ya, adik mau tengok Sinchan”


Kita mungkin biasa mendengar dialog-dialog sebegini diutarakan si anak kecil kepada ibunya. Betapa kartun mendapat tempat dihati dan minda kanak-kanak.

Antara punca senario tidak sihat ini, ketidakpekaan sistem penyiaran rancangan televisyen menyiarkan dan melambakkan cerita-cerita kartun tanpa penelitian kesan dan akibatnya. Lebih malang lagi, terdapat ibubapa memberi kebebasan anak-anak bertemankan cerita-cerita kartun tanpa kawalan dan batasan dengan alasan kartun-kartun ini telah diklasifikasikan dengan tanda U bagi UMUM yang memberi maksud sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat.



ANTARA KESAN DAN PENGARUH RANCANGAN KARTUN KEPADA KANAK-KANAK



1. Menjejaskan prestasi akademik dan pembacaan lancar


Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu.


Kemahiran bahasa boleh diransang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan kanak-kanak sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.

Menurut Dr Jerre Levy Pakar Perkembangan Hemisfera Otak di Universiti Chicago telah menyatakan “ otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika anda tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak anda, ia juga akan lemah”.


2. Mempertontonkan unsur keganasan.

Contohnya jika kanak-kanak sering menonton ultraman, adegan-adegan bertumbuk, membelasah pasti akan sering dilakukan mereka. Hinggakan, tidak mustahil mereka akan menganggap ibu,bapa ataupun adik-beradik yang lain sebagai raksasa apabila kanak-kanak ini marah. Perkataan seperti BUNUH juga boleh terpacul dari mulut mereka kerana mereka melihat ultraman membunuh raksasa.

Tidak mustahil berlaku, apabila si ibu menyuruh kanak-kanak ini, mereka akan membalasnya "kalau ibu suruh adik lagi, nanti adik "fire" ibu.Sambil menunjukan aksi ultramen mem"fire" raksasanya. Perlu direnung, situasi ini bukan perkara yang perlu dipandang sebelah mata !


3. Mempertontokan unsur seks

Rancangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak seperti kartun yang mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam rancangan televesyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh kanak-kanak. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan sicilik terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan perkara negatif.


4. Pembaziran


Bagi kanak-kanak lelaki apabila selepas melihat rancangan kegemaran meraka pasti keinginan mereka membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang kurang bermanfaat yang ada kaitan dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-mainan seperti robot, senapang dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka.


Bagi kanak-kanak perempuan patung-patung, t-shirt atau costum dan sebagainya yang memaparkan imej heroin yang disukai. Kanak-kanak sanggup untuk bermogok kepada ibu pada sekiranya tidak membeli peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.


5. Bahasa kasar dan melampau


Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia akan diterjemahkan kedalam kehidupan harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa atau rakan sebaya.


6. Unsur yang merosakkan nilai-nilai keagamaan


Contoh yang paling ketara adalah masa rancangan disiarkan di televesyen, kita sedia maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam 7 hingga ke 8 malam. Di dalam waktu ini bagi yang menganut agama Islam terdapat waktu Maghrib dan Isyak yang mana umat Islam akan mengerjakan solat dan mengaji Al-Quran. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan.


BAGAIMANA CARA MENGATASI DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK


1. Peranan ibubapa


Jika menonton rancangan televisyen sewajibnya ibu bapa menemani anak-anak agar rancangan televisyen yang dipertontokan dipantau dengan rapi bagi mengelakkan terdedah kepada unsur-unsur negatif.


2. Rancangan berunsur dokumentari dan ilmiah


Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Terdapat juga rancangan-rancangan ilmiah yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Mari Mengaji di TV9. Dedahkan kanak-kanak dengan rancangan sebegini tanpa mengabai fitrah kanak-kanak yang suka kepada keseronokan dan keceriaan. Dalam masa yang sama, minda mereka terjana rohani mereka terisi.


3. Pastikan televisyen jarang terpasang


Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh. Pasang televisyen untuk melihat rancangan yang betul-betul bersesuaian untuk seisi keluarga sahaja. Jika seawal kanak-kanak lagi budaya ini diterapkan, pasti sepanjang tempoh pembesaran mereka sudah terbiasa untuk tidak menjadi "hamba" televisyen.


KESIMPULAN


Tidak dinafikan, televisyen juga punya kelebihan dan manfaat. Namun, bila terlalu didedahkan kepada kanak-kanak, ibarat kita memberi mereka sebilah pisau. Pasti pisau yang bermanfaat untuk seorang ibu menjalankan tugas rutinnya di dapur akan di salah guna oleh si anak kecil yang belum mampu membezakan baik dan buruk. Begitu jugalah rancangan-rancangan kartun, ada baiknya. Namun, untuk memastikan mesej baik yang cuba disampaikan itu difahami oleh kanak-kanak, memerlukan didikan dan bimbingan oran dewasa. Jangan kerana ingin men"statikkan" anak-anak kita, kita biarkan mereka berteman power rangers, ultramen, pingu, dan macam-macam lagi...

Comments

bin_hussin said…
Tiada masalah untuk menonton rancangan kartun. Sudah fitrah manusia ada suka menonton rancangan Hindustan ada yang tidak, ada suka menonton kartun ada tak, ada suka menonton rancangan dokumentari ada tak. Itu pilihan masing-masing untuk memenuhi kehendak akal untk beristirehat. Cuma kenalah sesuatu rancangan itu bersesuaian dengan masa, akhlaq dan aktiviti harian supaya tidak terganggu.

Seandainya rancangan Shin Chan bermula di waktu Maghrib seeloknya Ibu Bapa boleh merakam atau membeli VCD atau DVD untuk tontonan anak-anak tanpa kita meninggalkan solat berjemaah.

Kita sendiri hendak memaksa anak-anak tidak menonton TV sedangkan kita sentiasa melayari Internet dan kekadang menonton TV juga.Begitulah adat resam masyarakat Melayu, teknologi dikatakan merosakkan akidah anak-anak. Tanpa menyedari mereka sendiri pun terjebak masalah akidah.

Cuma rancanglah masa dan rancangan kartun yang sesuai untuk anak-anak.
Anonymous said…
sgt bgos!!!
Anonymous said…
terima kasih kerana post bnda ni, dpt mmbntu dlm mmbuat krgn :)

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Pendam

Kisah Kita