Saturday, July 3, 2010

Pelajaran Sepanjang Hayat

Mengisi ruang masa sementara menanti Argentina vs Germany. Demam bola kan seluruh dunia waktu ini. Mahu juga merasa hebatnya menjerit dan mendengar jeritan..Goooolllll.

Nampaknya kemeriahan adik-adik universiti balik bercuti semakin menghilang. Satu persatu meninggalakan bumi peladang. Kembali berjuang di semester baru. Kembali menghadap nota dan buku. Bersiap sedia untuk menghadiri kuliah dan berperang dengan assingment. Rutin yang bakal dilalui lagi.

Itulah alam universiti. Alam teori perisapan menghadapi realiti. Hatta dalam lapangan perjuangan di alam kampus pun, masih lagi dalam bentuk teori dan terlalu idealistik. Semasa zaman bergelar mahasiswa, aku sedikit berang juga bila asyik "dipatahkan" semangat oleh senior-senior yang sudah lebih awal berada di alam kerjaya. Kerap idea yang cuba di bawa semasa di alam kampus, untuk direalisasikan di alam sebenar, ditapis dan dipulangkan semula dengan jawapan "di universiti boleh lah dik..ini alam realti".

Apabila berada di tempat senior-senior itu kini, aku tersenyum sendiri. Melihat dan merasa dua perkara yang berbeza. Rasanya bukan dalam ilmu perjuangan sahaja. Dalam banyak perkara juga begini keadaannya. Contohnya, teori-teori ilmu menjadi seorang guru yang aku pelajari selama 4 tahun di UPSI tidak mampu aku praktikan sepenuhnya di SMK Jambatan Putih. Banyak ilmu yang aku kena fikir dan cipta sendiri. :)

Namun, pesanan buat adik-adik yang sedang berada di menara gading, menjadi kewajipan bagi kalian untuk menghadam segala ilmu yang ada di sana. Perlengkapkan diri dengan segala macam kemahiran. Lebih utama persediaan mental. Ramai yang tidak mampu bertahan di alam realiti kerana tewas pada cubaan kerjaya dan keluarga. Dua faktor ini kurang menambat kita semasa berada di alam universiti. Alam yang kebebasan menjadi milik kita. Keluarga jauh di mata dan kerjaya belum ada untuk merantai perjalanan perjuangan kita.

Setkan di minda, niatkan awal-awal, harus bina kerjaya dalam perjuangan terlebih dahulu sebelum membina kerjaya sendiri. InsyaAllah..dengan niat dan keazaman ini, kita akan terus diikiat dan terikat dengan rantaian perjuangan. Dalam masa yang sama, berusaha menyuburkan jiwa dengan segala sifat mahmudah. Rendah diri, banyak bersabar dan sering berlapang dada wajib menjadi hiasan akhlak diri. Ini kerana, kembalinya kita ke medan perjuangan yang sebenar nanti, pastinya kita akan membawa seribu satu idea untuk diinfakkan dalam perjuangan. Kita pasti bersemangat untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang kita hadam selama ini.

Namun kita perlu sedar, adab dan tatasusialanya. Belajar mengawal darah muda kita yang gemuruh mahu membawa perubahan. InsyaAllah dengan persediaan ini, kita akan semakin merasa manisnya berada dalam perjuangan. Bahkan yang lebih istimewa...kita akan sedar, hidup ini adalah sebuah pelajaran yang tidak akan berkesudahan..


0 comments: