Saturday, March 3, 2012

Bukan hanya seketika

Salam Palestine

Lelah mengeluh membiar bicara sufi kosong tanpa terisi. Malu mengaku terlalu sibuk hingga tidak punya ruang waktu menulis. Walau mungkin ada saja yang beranggapan, saya membuang masa di sini. Menulis catatan peribadi. Tidak mengapa, persepsi penting untuk kualiti diri. Asal saja di depani dengan sikap positif. Pahit ditelan. Ubat merawat sikap angkuh dan sombong yang sering memusnah kesuburan jiwa. Kalau manis jangan terlalu melekakan. Hingga alpa, nikmat tidak selamanya kekal lama. Melainkan disertai syukur yang panjang.

Sebagaimana awal-awal tahun ini, saya dianugerahkan dengan pelbagai khabar baik. Berbeza benar dengan catatan-catatan saya di hujung 2011, penuh dengan kesayuan dan kepiluan. Walau saya tahu teorinya, hidup ini tidak hanya segaris warna. Ada hitam dan putihnya. Namun, tika berada di medan realitinya, perasaan sukar dimengerikan dengan hanya sebaris kata. Saat diuji dengan sesuatu yang menyedihkan, rasa sedih yang ditanggung, tidak memadai dengan hanya menulis :

"saya sedang bersedih..saya sangat sedih"

Atau saat sedang diganjar nikmat, rasa bahagia yang sedang dirasai tidak tergambar sepenuhnya dengan hanya menyatakan :

"saya sedang gembira..saya sangat gembira"

Ekspresi sebegini hanya seketika sahaja. Lebih penting bagaimana kita melaluinya sepanjang kita di medan ujian itu. Samada ujian sabar atau ujian syukur. Mampukah kita terus menzahirkan sikap yang selayaknya. Atau keluh kesah yang lebih panjang dan kufur nikmat yang lebih lama.

Inilah cabarannya. Inilah yang sedang saya lalui. Mendepani ini, jangan angkuh mampu mendepaninya hanya dengan kekuatan diri semata. Sesuai dengan fitrah kehambaan yang kita miliki, serahkan ketidak upayaan kita kepada Dia yang Maha Berkuasa. Berkuasa atas segala-galanya. Menjaga dan memegang hati kita. Mohon pada Dia..mohon dengan sebanyaknya.

"Allahumma a`inni `ala dzikrika wa syukrika wa husni `ibadatika".

"Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

0 comments: