Panggilan umi dan abah
sudah semakin jelas nyata
tidak lagi kau tutur pelat
senyum sudah berbalas tawa
usikan semakin mesra
manja semakin ketara
terasa benar kau semakin membesar
Sudah punya banyak pinta
itu dan ini
sudah semakin banyak tanya
begitu dan begini
Tika keluar melihat alam
kau mahu di pimpin kiri kanan
sesekali mengajak berkejaran
berlari riang berteman gurauan
Apa sahaja tingkah mu
tidak pernah membosankan
hatta tangismu apatah lagi tawamu
senyumanmu menghilang lelah
pelukanmu menghangat jiwa
hingga mahu saja menghenti waktu
jangan berlalu memisah kalbu
saat kau tiada mata
hati gundah resah gelisah
membuak rasa segera bersua
begitulah kamu si penyejuk mata
sentiasa membuat hati umi
penuh warna cinta
Kamu..kesayangan umi!
* 21 Januari tarikh yang di nanti..menghitung usia srikandi hati bertambah setahun demi setahun..puisi ini khusus untuknya..terima kasih lagi untuk bicara sufi..menyimpan segala rasa hati. InsyaAllah..mudahan semua akan diterokai oleh si kecil..menyatakan untuknya..kasih umi sentiasa segar dan berpanjangn.
* 2 tahun ini juga semakin banyak belajar bahkan menginsafkan. Tidak mudah menjadi isteri..lebih sukar menjadi ibu. Anak menjadi cerminan. Tingkah yang tidak sedap di pandang mata mungkin saja dibelajarnya dari umi yang dekat dengannya. Mohon keampunan Sang Pencipta atas segala khilaf dalam mendidiknya. Hati tidak pernah putus berdoa..semoga dia terus menjadi penyejuk mata hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelangi Indah
P agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak ...
-
Dia : Saya nak musafir dalam beberapa hari,. Saya : Atas tujuan apa? Dia : Memenuhi tuntutan kehidupan dunia. Alang-alang dah nak harijadi a...
-
K erja banyak namun rasa tidak tahu mahu buat kerja apa. Perkara biasa yang akan dihadapi tatkala kerja berlambak perlu diselesaikan. Sudahn...
-
aku kembali berdiam menyepi sekadar duduk dan memerhati membiar angin berdesir pergi membelai tubuh kaku berdiri damai dan nyaman terus begi...
No comments:
Post a Comment