Friday, June 26, 2009

Gelora jiwa


Punya rasa ingin menulis. Tetapi tidak tahu mahu fokus apa. Selalunya begini bila ada yang mengganggu jiwa. Aduh..kerap benar jiwa berombak dan bergelora. Selalu bila tidak tenang begini, memang "mood" yang baik untuk menulis. Tetapi nada penulisan pasti tidak segar dan bersemangat.

Allahumma muqallibul Qulub thabit qalbi ‘ala deenek.

Kalimah yang sering kubisik pada hati. Biar reda seketika gelora rasa. Ayat ini juga kerap ku ulang dalam sesi usrah bersama adik-adik PERPIS petang tadi. Fizikal pun kurang sihat hari ini. Sepetang dilanda sakit kepala yang amat. Gagahkan jua diri memandu viva-ST 7909 K. Walau hakikatnya pandangan berpinar-pinar. Semasa sesi usrah juga, bagai mahu tumbang kadang-kadang. Mujur diri jenis manusia yang mudah senyum, dapatlah "cover" muka berpenyakit ini. Tidak sampai hati mahu batalkan usrah adik-adik yang sanggup datang walau keletihan 5 jam di sekolah. Mereka boleh menggagahkan diri, kenapa aku perlu memanjakan diri? Syukur, usrah berjalan juga. Walaupun pengisianku hari ini agak bertabur. Semoga tetap ada manfaat buat bekal seminggu, sebelum usrah minggu hadapan. :)

Hujung minggu ini lagi mencabar. Sabtu pagi sekolah seperti biasa, petang mengurus pameran. Ahad sukaneka PASTI petang tutorial OUM. Syukur aku masih punya malam untuk menunaikan hak dan tanggungjawab kepada keluarga pula. Aku pasti masih ramai insan lain, yang serius dengan perjuangan, kekadang langsung tidak punya waktu memanjakan diri dan ahli keluarga. Contoh terdekat para petugas perjuangan yang bakal bertempur di Manek Urai.
[Moral tulisan yang tiada hala tuju ini - kalau terasa diri kita susah dan sesak dada, pandang sekeliling, masih terlalu ramai orang yang lebih susah dari kita.]


2 comments:

Adry said...

Ini adalah komen pertama ku di sini... hehe...

biasalah tu ... lumrah dalam perjuangan... nak kata lelebih siapalah aku berbanding penulis yang jauh lebih berpengalaman dalam berjuang...

cuma kata kata semangat dapat diberikan... chiayok chiayok!! InsyaAllah sentiasa dalam keredhaan Allah...

Adry @ http://www.adrysabry.com

bicara_sufi said...

hehe..thanks ya sifu blog..sudi jenguk dan ziarah blog anak didikmu ini.. :)