Sunday, September 13, 2009

Berdamailah Dalam Iman


Salam Ramadhan..

Hari-hari terakhir bersama bulan penuh berkat ini. Nikmat yang tiada taranya. Terasa sangat perbezaan beribadah di bulan ini berbanding bulan-bulan lainnya. Sangat ketara!

Takut untuk menghadapi hari-hari berikutnya pun ada sekarang ini. Masih sangsi akan keampuhan benteng diri yang dibina sepanjang berada di dalam madrasah Ramadhan ini mampu menangkis segala cabaran di hari mendatang. Bukan mudah meastikan setiap tingkah, fikrah dan bicara bertepatan dengan syariat dan mampu diganjar pahala.

Kekadang kita bercakap dengan niat membetulkan keadaan agar lebih baik, tetapi ditafsir sebaliknya. Kekadang kita bertindak sedikit "keras" hingga mungkin menyentak rasa insan lain. Walhal niat kita sekali lagi, ingin menjadikan situasi lebih baik dan betul. Tafsiran kita dengan insan lain belum tentu sama. Disinilah titik puncanya konflik. Konflik komunikasi dan juga konflik diri. Terlibat dan melibatkan diri dalam apa jua konflik adalah sesuatu yang sangat membebankan. Beban minda dan perasaan.

Tapi untuk mensifarkan konflik dalam diri adalah sesuatu yang mustahil. Itulah rempah ratus kehidupan. Menjadikan hidup lebih berwarna-warni. Lebih pelbagai corak dan lakarannya. Melaluinya kita menimba seribu satu pengalaman. Dengannya menjadikan kita bertambah matang. Ini andai di hadapi dengan positif dan optimis. Tetapi tidak mustahil juga dengan konflik ini, kasih terlerai benci tercipta.

Renung diri sedalamnya. Muhasabah setulusnya. Kalau sedang berada dalam konflik..berdamailah dalam iman!

[bestnya kalau semudah ini mengatur hati dan perasaan kan..]

smkjpt, 1.25 p.m

2 comments:

Nani said...

salam kakak, nani suka ayat akak ni

"Kalau sedang berada dalam konflik..berdamailah dalam iman!"

Dalam kehidupan yang penuh liku, disepanjang jalan yg tidak lain menuju kepada ALLAH pekara pertama yang wajib kita korbankan PERASAAN kan kak..nani suka memujuk perasaan yang letaknya dalam HATI dengan ayat ni

"WAHAI hati engkau hamba ALLAH yang beriman,bukan hamba nafsu mahupun syaitan,kepada ALLAH jua tempat kembali maka bersabarlah kerana sabar itu INDAH."

berdialog dengan hati dengan ayat2 memujuk(ayat2 yg baik kekadang boleh mendidik jiwa dan mententeramkan hati)

yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.(Ar-Ra'd:ayat28)

:)

bicara_sufi said...

terima kasih sudi membaca dan memahami apa yang cuba disuratkan dalam entry ini..hakikatnya semua insa pasti akan berhadapan dengan konflik..semoga konflik itu menjadi jambatan kita lebih hampir kepada Allah Rabbi..

selalulah berbicara dengan hati dan berdoalah memiliki hati yang hidup!

Pelangi Indah

  P agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak ...