Tuesday, September 1, 2009

Melawan Kesepian

Salam Ramadhan..

Macam biasa apabila kakak sulungku ada ad-hoc meeting di sekolah, aku pasti akan mendapat arahan mengambil anak saudaraku, Fatihah Fatin di sekolah "cinanya". Memandangkan bulan puasa, tidak perlu kalut melayan hidangan tengah harinya. Dia pun turut berpuasa sama. Walaupun badannya kurus kering, namun dia tetap gigih berpuasa. Mahu mengulang rekod cemerlangnya tahun lepas. Berpuasa penuh 30 hari. Walau baru berusia 7 tahun. Tapi, jenuh juga melayan imbuhan untuk kejayaannya itu. Berkali-kali bertanya, apa yang hendak aku berikan jika puasanya penuh. Jawapan ringkasku..biarlah rahsia. Jawapan yang cukup "menyengalkannya"..haha..

Oleh kerana tiada "slot" makan tengah hari, dia pun mengajak aku menemaninya menonton tv. Sambil memegang buku ditangan, aku layan juga lah kehendaknya. Sudah lama rasanya tidak duduk menghadap skrin TV. [asyik menghadap laptop jak..] Banyak benar drama bersiri yang tidak aku ketahui. Fatin pun memperkenalkan aku dengan sebuah drama bersiri Wadi Unung. Pertama kali melihatnya. Itupun siaran ulangan pada episod ke 15. Menarik juga drama ini. Kisah persahabatan. Terusik juga hati sepanjang sejam melihat cerita ini. Bermain-main diminda kisah aku dan sahabat-sahabatku yang kian jauh. Jauh dihati walau dekat dimata. Ada yang jauh dimata, bertambah jauh dihati.

Kekadang kecewa juga dengan situasi begini. Cumanya, perlu akur. Keadaan tidak akan sama selama-lamanya. Yang tumbuh akan patah, yang datang akan pergi. Lagilah kini semuanya sudah dewasa. Semuanya sedang merangka kehidupan yang lebih mencabar. Kehidupan dalam fasa yang baru. Fasa berumah tangga. [aku jugalah yang tertinggal dan ditinggalkan]

Tapi benarlah kata pepatah alah bisa tegal biasa. Perubahan menjadi lebih sendiri ini, semakin dapat disebatikan. Bahkan dari satu sudut yang lain, terzahir hikmah yang tidak terbayang sebelum ini. Inilah aturan Allah. Tidak pernah Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..pasti ada kebaikannya. Cuma terpulang kepada diri kita mahu menafsir ketentuan yang telah tersurat ini. Kaedah yang telah diajarkan kepada kita selaku muslim, bila susah..sabarlah. Bila senang..syukurlah. Nescaya kita akan sentiasa dalam kebaikan. Allah..nikmatnya hidup bertuhan.. :-)

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...


2 comments:

Nani said...

salam, kakak selalu je baca tulisan kat blog akak, tiap kali baca mesti bermain2 kat kepala ni seolah2 tulisan akak menyimpan satu perasaan yang sedih sangat..apapun semoga terus tabah ye diatas jln dakwah..SABAR ITU INDAH.Allah sentiasa bersama org2 y sabar.

p/s Rindu mok berusrah dgn kakak :( suka cara penyampaian kak mira.

bicara_sufi said...

hmm..menanggung sedih erk? mayb ayat yang lebih sesuai "sepi"..ada sesuatu yang sedang hilang dari diri..sedang berusaha untuk lebih mandiri..insyaAllah..semakin pulih..cuma kekadang rasa hati terusik sesekali..

Awak tak usrah dgn kakak2 lain lagi..dorang lagi mantop!

Pelangi Indah

  P agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak ...