Sunday, October 4, 2009

Adakalanya..

Masih di sekolah. Sesi perekolahan untuk sidang pagi sudah berakhir. Kebiasaannya waktu-waktu begini aku sudah lama memecut ST7909K balik ke rumah berehat-rehat. Hari ini, rasa malas mahu balik awal dan mahu menikmati kesejukan penghawa dingin di bilik guru. [rumah tiada aircond bah..hehe]

Hanya ada dua kelas hari ini. Tetapi dua-dua kelas dilayan dengan mood yang satu. Mood marah dan mengomel. Muka yang manis awalnya berubah menjadi kelat. Lama sangat sudah aku tidak membebel. Biasanya apabila mereka tidak membawa buku latihan atau tidak menyiapkan kerja, aku hanya akan menasihati dan bermurah hati memberi mereka kertas untuk digunakan. Hari ini, aku masih bermurah hati. Bermurah hati memberikan mereka libasan rotan di tangan. Sebagai pengajaran, tidak setiap hari cikgu mereka ini punya mood sabar dan baik hati. Kekadang akan datang juga rasa marah apatah lagi bila kerap sangat makan hati.

InsyaAllah..marah ini tidak berpanjangan..dah "cool" dah ni..tarik nafas..hembus..lega..senang kan.. :)





1 comment:

Anonymous said...

kadang kala kita kena bagi pengajaran... rotan dan denda adalah satu cara untuk menginsafkan pelajar. namun dalam keadaan pelajar yang semakin moden ini, perlu ada kasih sayang dengan penuh tegas pada pelajar... baik buruk pelajar nanti cikgulah yang mencorakkannya... namun apa yang pasti kita mampu merancang pelajar yang menentukannya... perlu ditekankan pada pelajar apa sebenarnya matlamat mereka ke sekolah dan belajar... yang pasti matlamat adalah untuk beribadat pada Allah... Waulahua'lam...

Cikgu J....

Pelangi Indah

  P agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak ...