"Kalau nak cakap pasal keadilan sekarang ni..susah. Bukan setakat di sekolah sahaja, di mana-mana pun. YB kepada rakyat, Bos kepada pekerja ataupun pengetua kepada cikgu..sama sahaja. Namanya pun manusia. Sebab tu akak, buat kerja niatkan ikhlas sahaja. Jangan fikir sangat pasal anugerah-anugerah ni."
Antara butir bicara semasa aku bersembang-sembang dengan seorang cikgu berpangkat kakak di sekolah pagi tadi. Topik asalnya, berkaitan dengan APC [anugerah perkhidmatan cemerlang] yang saban tahun menjadi topik hangat. Adatlah, pasti ada suara-suara kurang berpuas hati dengan penerima-penerima anugerah. Ada yang kata pentadbir "bias" lah, pilih kroni lah. Tidak kurang juga yang bersetuju dengan rakan sejawat yang berezeki kali ini.
Aku turut bersetuju dengan pandangan rakan sekerjaku, kerja ikhlaskan hati..insyaAllah pahala menanti. Namun, mengikhlaskan diri dalam bekerja, tidak harus dijadikan peluang oleh individu lain untuk berlaku zalim dan menindas insan-insan yang berusaha mensucikan diri.
Dalam berusaha memupuk sifat mahmudah di dalam diri, jangan dilupa mencegah mazmumah yang berlegar di sekeliling. Dalam Al-Quran, banyak ayat menyentuh tentang menegakkan yang ma'ruf disusuli dengan mencegah yang mungkar. Kiasan dan pengajaran buat insan yang celik mata hati, disamping bersifat sabar dan redha harus juga bersifat berani dan benar. Barulah tercetus kedamaian dan keharmonian yang pastinya harus wujud terlebih dahulu keadilan. Jadi jangan takut untuk marah jika perlu kerana menegakan yang benar. Hatta ianya pahit sekalipun. Marah kerana benar juga satu ibadah. Sama seperti sabar kerana diduga.
Kalau anda seorang rakyat, yang dinafikan hak, atau ditutup peluang, atau ditindas dalam diam, oleh seorang YB yang anda sendiri pilih semasa pilihanraya, jangan takut untuk bertindak balas. Tidak perlu mengambil senjata tajam atau berarak liar menunjukan protes diri. Memadai menghukumnya pada sekeping kertas undi pada pilihanraya akan datang. Untuk lebih memberi pengajaran, ajak dan seru orang lain untuk sama-sama menghukumnya. Ini kisah contoh seorang YB dan seorang rakyat. Kekadang harus juga berkias kiasan politik. Bukan kecil peranan politik dalam kehidupan. Apatah lagi, hidup di dalam sebuah negara demokrasi, wajar kita manfaatkan ruang kebebasan bersuara ini. Lagi pula, bidang politik ini satu medan yang kerap dijadikan landasan untuk menindas dan menzalimi. Semasa berkempen janji itu dan ini. Sudah menang, bagai hilang ingatan dengan segala yang telah di kata. Rakyat juga yang terkebil mata.
Hakikatnya situasi menekan dan tertekan ini juga berlaku dalam bidang-bidang lain. Hatta di bidang pendidikan. Hingga seorang guru berani dan nekad menyaman pengetuanya sendiri. Bukan hak saya untuk menentukan siapa benar dan siapa salah. Cuma harus diteladani, sebelum kita bertindak dan melakukan sesuatu, fikir sedalamnya kerana kesannya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Kesekian kalinya saya ingatkan anda dan diri saya..ikutilah jalan yang lurus yakni Islam yang syumul..anda, saya, dia, dan mereka pasti selamat..

No comments:
Post a Comment