Sunday, November 1, 2009

Dua Khabar Gembira

Hari ini mentari memancar ceria. Jadual pagi ini dimulai dengan tugasan berusrah bersama adik-adik pelapis Nisa' Kawasan Tawau. Semasa menanti enjin kereta panas, 3 mesej masuk ke dalam handset yang semalaman "off" kesan ketiadaan bateri. 2 mesej pemakluman kuliah amal pagitadi dan 1 mesej khabar gembira dari sahabat Nisa' [Asma' Abu Bakar] yang telah selamat melahirkan "baby girl"nya pukul 10.30 malam semalam. Sudah lama tidak mendengar berita sahabatku ini. Semoga hidupnya bertambah ceria dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti. Apatah lagi, berpeluang memberi sepenuh perhatian kepada babynya sepanjang cuti ini.

Usrah juga berjalan dengan baik. Gembira melihat perkembangan adik-adk usrah yang semakin matang dan menyerlah komitmennya dengan perjuangan. Sepanjang memberi pengisian, rasa banyak 'terkena' pada diri sendiri. Usrah acapkali menjadi medan memuhasabah diri. Apa yang terlontar dan dilafazkan, bagaikan ilham dari Ilahi menjawab segala persoalan jiwa dan diri. Sebab itu, setiap kali jadual berusrah dengan adik-adik, jarang aku menolak dan sedayanya dipenuhi jemputan ini. Walaupun terpaksa berusrah seawal 8.30 pagi.

Selesai berkongsi intipadi bahagian kedua Sebab-Sebab Keciciran-Faktor Individu petikan buku Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah karangan Ustaz Fathy Yakan, bergegas untuk mesyuarat kali ke3 DMPKT. Seronok dapat berjumpa kakanda-kakanda DMPKT. Kehadiran pun sangat memuaskan. Sedikit sebanyak menyuntik semangat yang semakin layu dan kendur. Kerja dan amanahku di "refresh" semula. Walau sekadar lujnah yang kecil, bukan alasan aku boleh "selamba" sahaja menunaikannya. Kerja-kerja semakin menimbun di depan mata. Sebentar tadi juga, pengasas blog DMPKT memberi khabar gembira kedua hari ini. Masalah blog DMPKT sudah berjaya ditangani. Kerja-kerja "memblog" sudah boleh dijalankan.

Nampaknya cuti sudah semakin terisi. Amanah semakin banyak menanti. Semoga aku terus kuat untuk berbakti. Buat bekal menghadap Rabbul Izzati.

2 comments:

~Nur-insani~ said...

Salam kak bestnyer..rindu suasana usrah tu..huhu nak balik tawau :(

kakak doakan nani grad cepat yer, nak balik tawau gerak kerja sana.doakan gak nani dimudahkan segala urusan....


alhamdulillah k.asma' da melahirkan, insyaAllah bertambah mujahidah,sampaikan salam tahniah nani dgn k.asma' ya kak.

semoga hati kita sentiasa dalam genggamanNYA.
HIDUP ISLAM DITAWAU!!!

rindunya suasana usrah dengan akak..huhu

bicara_sufi said...

insyaAllah dik..kami d tawau ni menanti kehadiran adik-adik yang telah selesai menuntut ilmu menimba pengalaman untuk dicurahkan di bumi peladang ini..

Nanti bukan lagi akak sekadar memberi dalam usrah, tetapi juga turut menerima dari awak.. :)