Posts

Showing posts from 2012

Bermula dengan teori

Image
Salam Palestine Berjaya ke sini lagi. Menulis setelah sekian lama menyepi. Tidak mahu beralasan kerana alasannya tetap sama. Membiarkan blog tanpa sebarang entry baru sesuatu yang meresahkan pemilik-pemilik blog sebenarnya. Paling mengecewakan saat diundang rasa putus asa untuk terus menulis hingga terlintas di fikiran..tutup sahaja blog ini! Saya belum lagi ke tahap ini kerana saya masih meyakini, saya masih punya minat untuk terus menulis. Bahkan ianya satu terapi diri. Terutama saat saya sepi dan sendiri. Seperti pernah saya alami sebelum-sebelum ini. Dan dalam keadaan saya sedang dianugerah nikmat bahagia begini, ada juga sesekali saya menjenguk kembali di sini. Membaca coretan-coretan lama. Seolah-olah baru mengenal diri sendiri. Setidaknya ada yang akan saya perolehi. Belajar dari diri! 2012 semakin ke penghujungnya. Cuti tinggal beberapa waktu. Mengisi cuti dengan percutiaan cinta juga sudah saya dan teman hidup lalui. Penuh dengan kenangan dan memori indah. Terpah

Hati yang hidup

Salam Palestine Cuti panjang yang dinanti membuka tirai. Sebelum-sebelum ini tidak ghairah meraih cuti percuma sebegini. Mungkin kondisi diri yang menuntut banyak istirehat menjadikan cuti sesuatu yang bererti. Jarang juga singgah melayari bicara sufi. Bukan kekangan masa, cuma kekangan untuk sering akses alam maya. Masih berdoa rezeki turun dari langit untuk memiliki sendiri laptop peribadi. Ramai juga seakan tidak percaya tuan punya blog tidak punya kelengakapan asas. Apakan daya, itulah realitinya. ;) Sedar tidak sedar, berakhir sudah sesi persekolahan untuk 2012. Buku kehidupan di sekolah ditutup dengan keluhan. Tiada garis senyuman terukir. Apa tidaknya, hanya berjaya melangsai amanah kerjaya semata. Namun tewas pada diri dan pengurusan masa yang bercelaru hingga tahun 2012 berakhir tanpa satupun usrah pelajar dijalankan. Rekod paling teruk dicatatkan untuk 6 tahun perkhidmatan. Benarlah, kita akan diuji dengan apa yang kita sering takutkan. Sebelum melangkah ke alam perk

Biar tinggal kenangan

Salam Palestine Malam yang agak lapang. Duduk dan menghabiskan masa di hadapan laptop. Puas menjelajah alam maya muka buku, saya singgah di sini. Menulis sedikit catatan isi hati yang kerap mengganggu akal fikir saya dua tiga hari ini. Tugas saya selaku guru yang berhadapan dengan remaja 16-17 tahun membuat saya sering berfikir, betapa masa dan keadaan mampu merubah suasana dan persekitaran. Umum menyedari cabaran semasa hari ini sangat merungsingkan orang-orang dewasa yang matang fikirannya. Terutamanya ibubapa dalam membesarkan anak remaja yang lebih kerap terdedah dengan unsur-unsur negatif berbanding membina aura-aura positif dalam diri. Mahu cari salah dan puncanya sudah berjela kertas kerja mendapatkan solusi ditulis dan dibentangkan oleh golongan cerdik pandai. Puas sudah para da'ie dan agamawan mengerah minda biar kreatif pendekatan dakwah dan tidak terus dipersalahkan dengan kejumudan dan dakwah bersifat syok sendiri. Hasilnya belum memberangsangkan bahkan mak

Terima Kasih Cinta

Image
Pagi ini suria seperti biasa Sinarnya redup di celah jendela Embun juga belum pergi semua Setelah meneman bougenvilla merah Semua seperti sediakala Tidak berubah persis semalam yang bersisa Cuma saja rasa jiwa Kembang mekar lebih meriah Bagai taman di kebun bunga Penuh seri dan warna Hanya indah..indah dan indah Sudah berpurnama diusik rasa Meniti hari bersama dia Yang setia membelai sukma Membenih rindu saat terpisah Menyemai sayang tika bersua Dia yang tidak jemu Menuntun langah tika terjatuh Menggenggam jemari terus beriring Jangan tersisih di kalut dugaan Jangan lemas d arus ujian Mengucup lembut ubun di kepala Sambil membisik halus ke telinga Kalimah dan pesanan berharga Bekal mendepani dunia penuh pancaroba Dan terus mendamba nikmatnya jannah Itulah dia.. Teman jiwa dan raga Semoga kekal selamanya Di sini dan di sana Kerana dia terlalu istimewa Dia itu kamu... Suami yang memberi bahagia Terima kasih cinta! * Puisi terilham saat mata berat menjaga anak didik berperang dengan kerta

Zahir syukur

Salam Palestine Saya menulis lagi. Setelah agak lama menyepi. Ada juga beberapa teman yang mengikuti secara senyap dan setia bicara sufi bertanya khabar, sampai bila bicara sufi mahu terus sepi. Suami yang saban hari saya tatap wajahnya pun bertanya sedemikian rupa. Saya hanya membalas dengan jelingan manja. Saya sudah di depan mata, apa perlu lagi komunikasi bicara hati sebegini. Hakikatnya saya juga tersangat rindu untuk menulis. Walau sedar tulisan ini sekadar menjadi koleksi simpanan peribadi semata. Diiring harapan, yang singgah membacanya perolehi sesuatu berupa natijah positif. Kehidupan baru menyukarkan sedikit untuk saya terus cergas di alam maya. Saya diserang perubahan hormon. Merubah rutin harian saya. Minat saya menghadap laptop jatuh menjunam. Baru-baru ini sahaja saya kembali normal seperti sediakala. Saya tersenyum juga, betapa kita sangat kerdil. Tiada upaya menentukan diri kita seperti yang kita hajatkan. Esok belum pasti seperti yang kita bayangkan malam ini. Pengala

Catatan Ulang Tahun

Salam Palestine Kerinduan sebenarnya mahu mencatat di sini. Apakan daya, sekali lagi laptop pinjaman masuk "ICU". Suami juga sudah beberapa kali bertanya, bila mahu keluar entry baru. Rupanya dia pembaca senyap bicara sufi. Terharu juga tulisan-tulisan di beri respon positif. Apatah lagi saat dia menyedari ada beberapa tulisan memang dikhususkan untuknya. Kelmarin ulang tahun saya yang ke 29 tahun. Terasa jauh benar angka ini. Ramai yang menghantar ucapan, berkongsi gembira kerana tahun ini saya menyambutnya dengan status puan. Namun jujurnya, sambutan tahun inilah paling biasa-biasa. Saya hanya bersua suami setengah hari sahaja. Itupun saya hanya menjadi peneman suami yang khusyuk dengan buku dan laptopnya. Kebetulan, dia sedang berperang dengan persiapan akhir untuk peperiksaan semesternya. Pertemuan kami diakhiri dengan makan tengah hari bersama. Bukan pun di tempat istimewa. Sebuah warung kecil hampir 40km jauh dari bandar Tawau. Usai mengucup tangannya, saya melambai say

Bicara Pengantin

Salam Palestine Alhamdulillah..sejuta kesyukuran dipanjatkan. Punya ruang dan kesempatan malam ini. Membuat sedikit catatan pasca majlis bertukar status. Mengisi kotak memori kehidupan. Berakhir juga majlis yang dinanti penuh debar. Terutama saat ijab dan kabul. Degup jantung sukar disembunyi getarnya. Walau diselindung dengan senyuman, masih terpamer riak di wajah, ada resah tersembunyi di kamar hati. Dengan sekali lafaz, seperkiraanku tidak sampai seminit, akhirnya sah bergelar isteri. Subhanallah..ada perasaan yang sukar dimengerti saat pertama kali tangan sang suami dikucup. Sukar ditafsir... Perkahwinan ini baru mahu genap seminggu esok. Apa yang mampu disimpulkan, indahnya Syariatullah. Berulang kali kami, suami isteri melafaz tahmid penuh syukur. Disatukan dalam ikatan pernikahan. Menamatkan penantian hampir 2 tahun. Isi cerita kami lebih kepada muhasabah sepanjang perkenalan. 2 tahun yang penuh ujian. Terutama hati dan perasaan. Kesetiaan dan kejujuran. Melakar perhubungan yang

Walimatul Urus

Image
Jemputan Rasmi :

Akhirnya...[Jihad Cinta 9]

Image
Sedang asyik mengemas laptopnya, seseorang menyapanya. “Tak balik lagi Cikgu?” Zati kalih mendongakan kepalanya. “Tak balik lagi. Saya ada usrah dengan pelajar PERPIS (Persatuan P elaja r Islam) hari ni.” Ringkas Zati menjelaskan kepada Cikgu Ridhwan. Dia agak terkejut sebenarnya, tidak pernah di sapa oleh Ridhwan yang sedikit pendiam. Lebih banyak duduk di mejanya dan membuat kerja sendiri daripada bersembang-sembang seperti cikgu lelaki yang lain. “Hai Wan..mesra pula hari ni.” Kedengaran suara Cikgu Aziz dari belakang dengan nada mengusik. Ridhwan hanya membalas usikan Cikgu Aziz dengan senyuman. “Saya balik dulu Cikgu.” Ridhwan kembali menyapa Zati yang kelihatan tidak selesa kerana dia masih berdiri di tepi mejanya. Zati hanya mengangguk tanpa kata. Juga tidak melontarkan senyuman kerana dia masih terkejut dengan sapaan Ridhwan. “Ramah pula Ridhwan tu hari ni. Tiba-tiba menegur Zati” Kak Rahimah yang baru balik dari kantin sempat memerhatikan Ridhwan yang singgah menyapa Zati.

Dua Perpisahan [Jihad Cinta 9]

Bas mula bergerak perlahan, Zati setia memandang pemandangan yang entah bila akan dapat dilihatnya lagi. Jarak kampung kelahirannya dengan tanah tempat dia menadah ilmu bukan dekat, kosnya sahaja mencecah ratusan ringgit. Pasti tidak mudah dia mahu datang untuk sekadar berziarah. Apatah lagi untuk orang sepertinya. Duit punya banyak keperluan. Bahagian untuk berseronok-seronok menjadi prioriti yang terakhir sekali. “InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi ye kat sini.” Dinah yang sedari tadi memerhatikan Zati dapat membaca isi hati sahabatnya. “InsyaAllah..tempat yang bakal kita rindui.” Dengan suara yang perlahan, Zati jug a mengharapkan seperti Dinah. “Ana bukan sahaja rindu tempat ni, tapi akan rindu juga pada anti. Insan yang banyak mengajar ana erti kehidupan.” Dinah yang dari semalam diselebungi rasa sayu menyatakan jujur perasaannya. Dengan renungan sayu, Zati merenung Dinah. Dia tersenyum sayu. Perasaan juga sama seperti Dinah. Dia antara kenangan manis yan