Posts

Showing posts from 2011

Mereka Anugerah

Image
Salam Palestine Hari ini hari terakhir untuk 2011. Setahun berlalu lagi. Rumusan untuk tahun ini seakan mirip tahun-tahun sebelumnya. Tiada peristiwa yang istimewa tiada juga yang mengesan di sukma. Semua biasa dan seperti biasa. Cuma saja semalam, saya berjaya juga memenuhi hasrat hati yang lama saya simpan. Bertemu dan bersua secara santai dengan sahabat seperjuangan sedari alam sekolah lagi. Walau masa agak terbatas dan tidak banyak yang kami bualkan. Saya masih puas kerana kami masih seperti dahulu. Pertemuan yang lebih banyak di isi dengan tawa mesra. Istimewanya persahabatan kami, atmosferanya sentiasa ceria. Saya juga tidak mengerti, sejak akhir-akhir ini saya sangat merindui saat manis kami menyulam persahabatan terutama di alam persekolahan. Saya selalu terkenang, kami berjalan meronda keliling bandar, singgah menyejukan tekak dengan ABC yang memang terkenal di daerah ini. Adakalanya masak memasak bersama dan berkongsi cerita hingga lewat malam. Kami kongsi segalanya tanpa rah

Cerita Cuti

Image
Malam yang dingin. Kesan hujan panjang petang tadi. Kedinginan yang masih gagal memujuk mata untuk lena. Mudahan penyakit ini segera berakhir. Seperti hari-hari 2012 yang semakin tersisa. Pasti ramai yang merasa, terutama rakan guru dan juga anak-anak sekolah cuti tidak terasa sudah semakin hampir ke penghujungnya. Sekali lagi terakam dalam pita memori kehidupan. 2011 akan tinggal kenangan. Berkesempatan juga menikmati cuti dengan percutian. Walau sekadar merentas laluan darat sejauh 500km ke Kota Kinabalu. Memadailah untuk menghilangkan rasa jemu dengan kebiasaan. Bercuti bagi ku adalah lari dari rutin harian yang tidak dapat dielakan. Menghirup udara baru biar nafas labih segar dan nyaman. Walaupun dibebel terlebih dahulu oleh si ibu. Katanya bercuti hanya mengeluarkan ongkos. Lebih kepada membazir. Apatah lagi terpaksa menyewa hotel berhari-hari dan makan minum yang berbayar sepanjang masa. Aku tidak menafikan katanya. Berasas dan benar. Ibu yang sepanjang hayatnya lelah memikir ali

Mahu dengan pasti

Salam Palestine Malam sudah sangat gelita. Hembusan dingin bayu malam terasa hingga ke tulang. Bebola mata masih bulat. Tiada tanda mahu berteman mimpi. Sungguh, di usia yang sudah semakin dewasa ini, aku masih tidak menyangka akan menderitai penyakit zaman belajar. Hujung 2011 ini ternyata menjadi saksi, aku masih sakit! Sudah Disember rupanya. Bahkan sudah 10 hari bertamu tahun baru Hijrah. Masa tanpa ulangan, pantas berlalu meninggalkan. Aku merenung kesekian kalinya. Setiap kali ke ruang muhasabah itu, aku akan berakhir dengan sebuah kekesalan. Hanya berteman dengan kemarahan. Sesal dan marah yang dalam pada diri. Ada juga saatnya, aku mengalirkan kemarahan dan kesesalan ini pada orang lain. Bukan mahu memindahkan dua rasa negatif ini, menjadi helah bela diri. Namun inilah mainan rasa yang adakalanya datang menghantui kemaruk jiwa yang sedang berada di luar paksi ketenangan. Cuma sering ternanti. Saat-saat begini, di mana teman yang sudi menasihati. Memarahi pun tidak mengapa. Kala

Tiga Janji

Image
Siling itu ku renung tajam. Membiar bebola mata mengikut putaran kipas yang akur berkhidmat menghilangkan haba panas bilik kecil berwarna hijau terang ini. Pandangan ku kosong sebenarnya. Sudah hampir 11 jam aku terperap seorang diri di sini. Hanya berteman laptop Toshiba 14 inci yang semakin kurang memberangsangkan prestasinya. Aku sudah tidak mampu menghadam e-book ilmiah memenuhi kotak memoriku. Aku sudah tidak punya minat melihat jutaan video menarik terhidang di Youtube. Bahkan aku sudah lelah menjelajah mukabuku. Melihat perkembangan rakan-rakan yang pelbagai warna. Ada yang sedang gembira bahagia, ada yang sedang berduka lara. Ada juga yang seperti aku. Kebosanan! Spontan aku bangkit, bertepuk tangan kuat dan menghembuskan nafas dalam. Tabiatku sedari dulu. Terutama untuk mengubah mood bosan menjadi lebih ceria. Terpamer riak kehairanan di wajah adik bongsuku saat melihat aku yang serabut terpacul tegak di hadapannya. "Bosankah?" Dia mendongakan kepalanya dan bertanya

Cuti dan Sepi

Cuti sudah bermula. Sudah 4 hari sebenarnya. Cuma esok secara rasminya jadual ku bebas tanpa sebarang tugasan rasmi. Termasuk urusan perjuangan. [statement yang pasti tidak digemari oleh teman yang serius bekerja ^_^]. Seperti lazimnya, cuti masih sama coraknya. Mata lewat tertutup, lewat juga terbuka semula. Dugaan cuti yang paling berat aku rasakan. Tabiat tidur yang sukar diubah. Terkenang zaman persekolahan. Punya berazam untuk menikmati sepertiga malam, beli jam loceng besar. Siap letak di atas almari yang tinggi. Dengan harapan mampu gagah bangun. Sudahnya jam loceng berwarna hijau itu hanya bertahan seminggu. Habis hancur berkecai jatuh dari almari yang tinggi itu. Aku tetap juga tergam di katil. Gagal membangunkan diri! Cuti ini juga, bermula dengan sedikit keresahan. Keghairahan ku pada buku jatuh ke tahap membimbangkan. Seingatku, sebulan dua ini, tiada satu buku mampu ku ringkaskan. Rak buku ku juga sudah lama tidak ku sapa. Kalau ianya mampu berkata-kata, pasti di pujuk ray

Di Pantai Itu

Di pantai itu aku pernah melakar impian bersama dia seorang teman yang sudah tidak kelihatan jauh pergi membawa kenangan Di pantai itu aku pernah menyaksi deru ombak berlagu sepi desir angin menyapa pergi seiring rasa hati yang mati Di pantai itu aku pernah berteman rembang senja menawan dibalik gelap awan persis rasa jiwa yang rawan Di pantai itu aku pernah menanggung sendu menahan rasa hati pilu menanti saat semua berlalu jangan terus bermukin di kalbu Di pantai itu aku rindu mahu kembali tanpa terus tercari-cari apa yang sudah pergi pasti dia takkan kembali kerana dia tidak sejati akurlah..duhai diri. [di terjah kenangan..kehilangan seorang teman melakar kehidupan..dia pernah membawa ceria taman hati..merawat resah gundah jiwa..sukar membuang segala yang pernah terakam di minda...dia masih ku rindui..dia masih ku ingati..dan dia..seorang perempuan ^_^] p/s-untuk si "dia"..puisi ini aku gubah istimewa..hadiah untuk sebuah persahabatan yang sepi tanpa berita..

Mengaku tanpa ragu

"Rupanya..dia tua lagi dari kita..nampak muda je kan" "Itulah..tak kahwin lagi kan..nampak tak matang lagi..macam awak lah" "Erk?" Dialogku dengan teman rapatku beberapa waktu dulu. Ada kaitan rupanya kematangan dengan sebuah perkahwinan. Sebentar tadi : "Rupanya baru 25 umurnya..aku punyalah berkakak dengan dia" "Haa..iya ka..aku pun ingat lebih tua dari kita" "Awal dia kahwin..umur 21..anak pun dah 2 orang..kita jak ni yang lambat" Lagi dialog kaitan kematangan dengan status perkahwinan. Seakan aku semakin bersetuju dengan teori ini. Bersandarkan kepada pengalaman-pengalaman peribadi yang mencorakan kehidupanku. Samada soal keluarga bersama ahli keluarga, hal-hal kerja bersama teman kerjaya ataupun urusan perjuangan bersahabat sejemaah. Aku sering merasakan aku masih "muda" dan kurang keyakinan untuk memberi keputusan. Hal-hal kecil pun, aku kerap merujuk dengan orang lain. Walaupun usia kami sebaya atau dia lebih

Mungkir lagi..

Image
Keluhan saya berat saat mula menekan abjad demi abjad pada papan kekunci usang laptop ihsan seorang teman baik saya ini. Bagai menyimpan bebanan besar di sudut jiwa. Beberapa hari lepas lagi saya mahu menulis sesuatu walau saya tidak punya sebarang lakaran peta di minda tentang apa yang bakal saya persembahkan mengisi bicara sufi. Saya tidak berniat sama sekali menjadikan ruang peribadi saya ini sebagai diari kehidupan. Kalau kelihatan seperti itu pun, persepsi yang bernada kebetulan sahaja. Pada saya! Terangnya, saya sedang berada pada dua persimpangan. Simpang yang saya sendiri reka kewujudannya. Beratnya, saya seolah [rasanya pasti] sedang berada pada persimpangan yang salah. Kalau kiri kerap dikaitkan dengan negatif sedang kanan sering dikatakan berkat, saya sedang berada pada kedudukan kiri. Agak pelik bunyinya kan. Tahu sedang bermasalah tetapi kenapa tidak mahu untuk keluar dari masalah tersebut. Inilah masalah saya! Bertambah rumit apabila saya seolah hilang motivasi luar da